KL CHRONICLE: @lawyers4liberty mahu rosakkan akhlak ummah?

Monday, July 4, 2016

@lawyers4liberty mahu rosakkan akhlak ummah?

Nampaknya, NGO pembangkang Lawyers for Liberty kini ingin terus menggalakkan orang ramai supaya terus menghina pemimpin negara kita. Kami di #KLChronicle tahu siapa dalang disebalik gerakan Lawyers for Liberty ini dan percayalah mereka tidak sesekali akan berjaya merosakkan akhlak umat Islam. Didalam Al - Quran ada menyebut:



Islam adalah din yang benar atau hak yang menjanjikan keselamatan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Orang yang beriman dan mengambilnya sebagai din sentiasa berhadapan dengan cubaan musuh-musuh Islam untuk menyekat dan memperdaya bagi melemahkan pegangan mereka terhadap Islam serta keyakinan terhadap janji-janji Allah di akhirat kelak. Hakikat ini telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Mereka (musuh-musuh Allah) berusaha untuk memadam cahaya (din) Allah 
dengan mulut (dakyah) mereka tetapi Allah tidak rela kecuali menyempurnakan cahaya-Nya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.”

Usaha memadamkan cahaya Allah telah berlaku di sepanjang sejarah hidup manusia di atas muka bumi sejak nabi dan rasul dahulu kala lagi hingga ke zaman baginda Rasulullah SAW dan zaman khulafa ar-rasyidin. Percubaan itu berterusan hingga sekarang dan din Allah akan terus ditentang hinggalah datang hari kiamat. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sebahagian besar ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) sungguh ingin seandainya mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekufuran setelah kamu beriman kerana timbul rasa hasad dengki dari dalam hati mereka setelah jelas kebenaran kepada mereka.”

Persoalannya, adalah kita mahu menjadi kufur dengan mengikut mereka golongan Yahudi dan Nasrani dimana mereka berusaha untuk mengembalikan kita kepada kekufuran setelah kita beriman?Renungkanlah.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget