KL CHRONICLE: Hari Kedua : Netizen gembira dengan #LEPRapidKL @NajibRazak @AzmiAziz60

Friday, July 1, 2016

Hari Kedua : Netizen gembira dengan #LEPRapidKL @NajibRazak @AzmiAziz60


Nampaknya usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) dibawah kepimpinan Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak dengan kerjasama Prasarana Malaysia Berhad yang telah berjaya menyiapkan projek #LEPRapidKL mendapat pujian orang ramai. Ini kerana Laluan tambahan sepanjang 35.1 kilometer (km) menghubungkan LRT Kelana Jaya dan Ampang/Sri Petaling telah memberi manfaat kepada hampir dua juta penduduk Lembah Klang khususnya di daerah Petaling.




Melalui "printscreen" yang kami terima dari sahabat #KLChronicle, rata - rata netizen kelihatan teruja dengan sistem LRT yang baru ini. Malah ramai juga yang melahirkan rasa syukur mereka terhadap keprihatinan kerajaan Barisan Nasional. PRASARANA sebagai operator sistem rel di Lembah Klang juga diberi pujian kerana menyediakan berkhidmatan yang baik serta memastikan penumpang sentiasa berada dalam keadaan selesa sepanjang perjalanan. 


Bagi mereka yang tidak tahu, kini terdapat pembukaan 12 stesen baharu laluan Kelana Jaya dan 11 stesen laluan Ampang/Sri Petaling. Sila lihat gambaran diatas untuk maklumat lanjut.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget