KL CHRONICLE: Gambar @razlanrafii & ratusan pemuda UMNO gempur pejabat @dapmalaysia sebab tindakan biadap @NgaKorMing

Tuesday, July 12, 2016

Gambar @razlanrafii & ratusan pemuda UMNO gempur pejabat @dapmalaysia sebab tindakan biadap @NgaKorMing



Tahniah Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan di bawah pimpinan Saudara Mohd Razlan Rafii yang berani menyerahkan memorandum bantahan kepada DAP akibat keceluparan Pengerusi DAP Perak menghina perayaan Aidil Fitri.




Kira-kira 800 peserta baju merah berkumpul di hadapan Ibu Pejabat DAP Kuala Lumpur bagi membantah kenyataan Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang didakwa menghina Islam. Perhimpunan itu diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Saudara Razlan Rafii. 

Seramai 30 anggota polis membuat sekatan di hadapan ibu pejabat berkenaan.

Keadaan dilihat aman apabila tidak berlaku insiden tolak menolak di antara peserta himpunan dan anggota polis. Kumpulan berkenaan turut membawa plakad yang tertera tulisan 'DAP Rasis' dan 'Respek Islam'.

Polis cuba berunding dengan penganjur himpunan dan enggan membenarkan wakil DAP bertemu mereka. 

Berita penuh menyusul.









No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget