KL CHRONICLE: #DemiRakyat Panggilan Tender High Speed Rail dalam masa satu tahun lagi

Monday, July 18, 2016

#DemiRakyat Panggilan Tender High Speed Rail dalam masa satu tahun lagi


Menyedari bahawa rakyat Malaysia semakin teruja dengan projek High Speed Rail (HSR) antara kerajaan Malaysia dan Singapura, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengesahkan bahawa tender bagi projek HSR akan mula dibuka dalam masa hanya setahun sahaja lagi. Ini adalah susulan daripada majlis menandatangani Memorandum of Understanding (MOU) antara Kerajaan Malaysia dan Singapura. 



Memetik kata  - kata Datuk Seri Liow Tiong Lai, 
"Sebaik sahaja MOU ini ditandatangani, pihak berkuasa akan menyiapkan dokumen tender tersebut. Banyak syarikat antarabangsa telah menunjukan minat dalam projek HSR ini, dan kita mengalu alukan nya”  
“Ini adalah satu projek yang terulung kerana ia satu satu nya projek sebegini dinegara ASEAN"
Bagi kami di #KLChronicle, projek HSR ini telah meletakkan Malaysia di mata dunia sebagai negara Islam yang paling maju sekali. Malah, kita merupakan negara ASEAN yang pertama mempunyai keretapi berkelajuan tinggi. Dijangkakan perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura yang kini mengambil masa 5 jam akan dipendekkan menjadi hanya 90 minit dengan HSR. Bukankah ini suatu perkara yang baik? 

Perlu diingatkan rancangan projek HSR ini bukan mengambil masa yang singkat. Ianya telah melalui pelbagai kajian dan "study" oleh pakar - pakar termasuk dari Kementerian Pengangkutan, Konsultan, Jurutera dan sebagainya. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa walaupun projek ini mempunyai kos yang sangat tinggi iaitu hampir RM 60 Billion namun "spill over" effect nya sangat tinggi bagi kawasan selatan tanah air terutamanya Johor Darul Takzim. 

Kejayaan projek HSR ini merupakan satu manifestasi kejayaan Menteri Pengangkutan  Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dilihat menjadi "cover boy" bagi projek ini dimana Kementerian Pengangkutan telah menjadi pemudah cara dalam perbincangan dua hala antara kerajaan Malaysia dan Singapura. Ini kerana Datuk Seri Liow Tiong Lai sedar bahawa projek HSR ini akan memberi manfaat yang besar kepada rakyat Malaysia dan harus diteruskan walau apa jua sekalipun. 

Bagi kami di #KLChronicle, kami berbangga negara mempunyai pemimpin yang mempunyai visi dan berpandangan jauh seperti Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Tun Razak dan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang sedar bahawa untuk negara maju, kerajaan perlu berbelanja dan projek HSR ini merupakan salah satu lagi projek Barisan Nasional demi kesejahteraan rakyat. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget