KL CHRONICLE: #DemiRakyat Malaysia & Singapura meterai perjanjian High Speed Rail Cc @SpadChannel

Wednesday, July 20, 2016

#DemiRakyat Malaysia & Singapura meterai perjanjian High Speed Rail Cc @SpadChannel


Menyedari bahawa tempoh perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura boleh dipendekkan secara drastik, semalam telah berlangsung satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi antara kerajaan Malaysia dan Singapura dalam projek High Speed Rail (HSR) yang bakal menghubungkan Bandar Malaysia (Kuala Lumpur) dan Jurong East (Singapura). 



Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ini bukan sahaja membuktikan kekukuhan jalinan sejarah antara Malaysia dan Singapura, malah ia memacu jalinan masa hadapan dua ekonomi paling mapan di rantau ini.

Fakta menarik tentang HSR

Bila akan mula beroperasi?
- HSR akan mula beroperasi pada tahun 2026.


Jumlah stesen?
- Secara kesuluruhan akan terdapat 8 buah stesen dalam jajaran HSR. Stesen - stesen tersebut adalah Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri and Singapore.

Berapa panjang jajaran rel HSR?
- Panjang trek adalah 350 km dimana ianya adalah trek baru yang mampu menampung kelajuan tren setinggi 300 km/j. 

Tempoh perjalanan?
- Dianggarkan tempoh perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura hanya akan mengambil masa 90 minit sahaja. 

Bagi kami di #KLChronicle, usaha kerajaan untuk mewujudkan HSR antara Kuala Lumpur dan Singapura ini membuktikan komitmen tinggi Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak dalam memastikan Malaysia mempunyai kualiti pengangkutan awam darat setanding dengan negara maju lain di dunia. Dibawah kerajaan Barisan Nasional (BN), kerajaan telah membelanjakan hampir RM 100 billion untuk pengangkutan awam. 

Antara perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan adalah melalui LRT Extension Project (LEP), Mass Rapid Transit (MRT) dan kini High Speed Rail (HSR). Pembangunan ini semuanya memberi manfaat kepada rakyat dan bukan merupakan projek "syok sendiri" yang hanya menguntungkan kroni. Melalui data yang kami ada, kini hampir 2 juta pengguna menerima manfaat dari projek LEP yang dilakukan oleh kerajaan dimana Stesen Gombak dihubungkan ke stesen Putra Heights melalui satu looping system.

Kami di #KLChronicle juga tidak melupakan peranan yang dimainkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang merancang, menyelia dan membuat penguatkuasaan terhadap semua pengangkutan awam darat di negara ini bagi memastikan mutu servis yang diberikan adalah menepati ketetapan kerajaan. Kami berharap SPAD akan terus memainkan peranan penting mereka dalam memastikan projek HSR ini menjadi satu lagi kejayaan negara. 

#Kipidap 


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget