KL CHRONICLE: Datuk Seri S. @VellPaari : Respon terhadap kenyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat

Thursday, July 21, 2016

Datuk Seri S. @VellPaari : Respon terhadap kenyataan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat


*Isu kenyataan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat*
Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) malam tadi (https://www.justice.gov/kleptocracy-enforcement-action) telah membuktikan bahawa *Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak bukan suspek* didalam siasatan DOJ kerana DOJ hanya telah memfailkan saman sivil bagi menyita aset yang mereka percaya ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada empat individu di bawah Inisiatif Pengambilan Semula Aset Kleptocracy. Empat individu tersebut tidak termasuk Perdana Menteri.



Ini juga konsisten dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Monetary Authority Singapore (MAS) sebentar tadi (http://www.mas.gov.sg/…/Investigations-into-1MDB-Related-Fu…) dimana Perdana Menteri tidak dinamakan dalam siasatan yang dijalankan oleh pihak Singapura dalam isu 1MDB.

Selain itu, pada awal tahun ini, pihak berkuasa Switzerland melalui peguam negara mereka juga telah mengesahkan bahawa Perdana Menteri tidak disiasat dalam kes 1MDB (http://www.ibtimes.com/malaysia-1mdb-scandal-najib-razak-no…) . Kenyataan dari ketiga - tiga negara ini terbukti bahawa fitnah yang dimainkan oleh pihak pembangkang terutamanya Perdana Menteri adalah bersalah dalam isu 1MDB adalah tidak tepat dan bermotifkan politik semata - mata.

*Isu aset 1MDB bakal disita*

Ini merupakan lagi satu fitnah akhbar The Wall Street Journal (http://www.wsj.com/…/u-s-readies-push-to-seize-assets-tied-…) . Syarikat 1MDB telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bukan satu pihak kepada saman sivil oleh DOJ, tidak mempunyai apa-apa aset di Amerika Syarikat, dan tidak mempunyai manfaat daripada pelbagai transaksi yang dinyatakan dalam saman sivil tersebut. Oleh itu bagaimana WSJ boleh mengatakan bahawa aset 1MDB bakal disita?

*Desakan letak jawatan dan bercuti*

Lebih menarik lagi, sebentar tadi Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggesa Perdana Menteri bercuti ekoran pengumuman Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berhubung 1MDB (https://www.malaysiakini.com/news/349324) . Nampaknya Wan Azizah mempunyai masalah kesihatan "selected amnesia" yang buat - buat lupa tentang kes rasuah yang melibatkan Lim Guan Eng dimana beliau telah dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan rasuah. Namun, pembangkang terutamanya Wan Azizah tidak pula menyuruh beliau meletakkan jawatan (http://www.sinarharian.com.my/…/guan-eng-hanya-mangsa-polit…), mengapa bersikap hipokrit?

Secara peribadi, walaupun menerima asakan yang hebat dari pelbagai pihak, dalam dan luar negara Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak telah melakukan yang terbaik untuk negara secara amnya dan masyarakat India secara khasnya dengan peruntukan - peruntukan yang diberi oleh kerajaan. Malah rakyat di Sabah dan Sarawak juga menghargai segala usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri demi menjamin kesejahnteraan rakyat.

Saya yakin, serangan dari pihak dalam dan luar negara ini tidak akan melunturkan semangat Perdana Menteri untuk terus berkhidmat demi rakyat dan Barisan Nasional.Saya yakin komponen - komponen parti BN yang lain juga berdiri teguh bersama Perdana Menteri dalam serangan kali ini.

1 comment:

Master Jaguh said...

trit trit ...satu lg pemakan dedak di kesan ..
Mungkin Ini Yang Anda Cari ....
>>> KLIK HERE !! <<<

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget