KL CHRONICLE: @VellPaari : Hubungan SPRM - @RafiziRamli Harus Disiasat oleh @PDRMsia

Friday, June 24, 2016

@VellPaari : Hubungan SPRM - @RafiziRamli Harus Disiasat oleh @PDRMsia



KENYATAAN MEDIA
DATO' SERI S. VELL PAARI
BENDAHARI
MALAYSIAN INDIAN CONGRESS (MIC)

Saya merujuk kepada kenyataan mengejutkan saudara Rafizi Ramli pada 23 Jun 2016 (semalam) yang telah mendedahkan bahawa terdapat *pertemuan sulit antara pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah  Malaysia (SPRM) dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR)*.



Apa yang merisaukan saya adalah pendedahan terbuka saudara Rafizi Ramli bahawa pegawai kanan tersebut mendedahkan kononnya terdapat tekanan yang dihadapi oleh SPRM pada awal tahun ini berkaitan beberapa kes tertentu.  Ini membuktikan bahawa *terdapat kebocoran maklumat hal - hal berkaitan siasatan SPRM kepada pihak pembangkang*.

Ini juga membuktikan mungkin terdapat *campur tangan politik dari pihak pembangkang dalam siasatan SPRM* kerana sudah dinyatakan oleh saudara Rafizi Ramli sendiri bahawa beliau memang berjumpa dengan pegawai kanan SPRM dan telah membincangkan hal -hal dalaman badan berkenaan.  

Selain itu, *hubungan akrab antara pegawai kanan SPRM dengan saudara Rafizi Ramli* ini juga mungkin menjadi satu sebab kenapa *siasatan SPRM keatas Lim Guan Eng tidak lengkap* sekaligus menyebabkan peguam negara terpaksa memulangkan kertas siasatan semula kepada SPRM. Ini mungkin telah memberikan lebih banyak masa kepada pihak pembangkang untuk menyembunyikan maklumat yang diperlukan. 

Diatas sebab diatas dan juga pendedahan saudara Rafizi Ramli ini, saya memohon jasa baik pihak *Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) supaya menjalankan siasatan terperinci dan menangkap pegawai kanan SPRM* ini yang telah mendedahkan hal - hal dalaman SPRM kepada pihak pembangkang untuk digunakan bagi kepentingan politik mereka. 

Terima Kasih.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget