KL CHRONICLE: Tan Sri Syed Hamid : Tunggu keputusan kerajaan tentang Uber & Grabcar

Saturday, June 25, 2016

Tan Sri Syed Hamid : Tunggu keputusan kerajaan tentang Uber & Grabcar



Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar mahu semua pihak termasuk pemandu teksi untuk bertenang dan tunggu keputusan kerajaan tentang perkhidmatan aplikasi dalam talian Uber dan Grabcar susulan kes dimana dikatakan 50  lelaki dipercayai pemandu teksi yang berang terhadap kemunculan pemandu perkhidmatan Uber di KL Sentral baru-baru ini sehingga mencederakan seorang pelancong warga Iran.
Memetik kata - kata Tan Sri Syed Hamid Albar, pemandu teksi tidak seharusnya bertindak sedemikian kerana ia hanya akan menjejaskan perkhidmatan mereka.



"Makin kamu sekat, makin ramai orang nak guna. Kita jangan bertindak di luar batas, mogok di jalan pun akhirnya menyusahkan orang, jalan sesak. 
"Kerajaan sedang lakukan tindakan terhadap perkhidmatan Uber dan Grabcar, kita tunggulah keputusannya nanti,"

Bagi kami di #KLChronicle, apa yang dikatakan oleh Tan Sri Syed Hamid ada benarnya. Jika dilihat dari komen netizen di Facebook, ramai yang kecewa dan marah dengan tindakan kumpulan pemandu teksi ini yang bertindak agresif terhadap pemandu Uber tersebut. Malah ada diantara netizen yang akui kini takut untuk menggunakan perkhidmatan teksi biasa kerana sikap pemandu mereka yang ganas dan samseng. 

Bukankah ini satu perkara yang merugikan pemandu teksi sendiri? Umum ketahui bahawa imej pemandu teksi di Malaysia telah tercemar dengan sangat teruk sekali. Namun, pemandu teksi sendiri tidak berusaha untuk memperbaiki imej mereka. Kita tahu bukan semua pemandu teksi bersikap seperti samseng, ada yang baik namun yang baik ini sangat sedikit bilangan mereka. Mana pergi semua pemandu teksi yang baik - baik?

Kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui SPAD juga telah banyak membantu pemandu teksi. Permit teksi individu telah banyak dikeluarkan kepada mereka yang layak sebagai satu langkah bantuan dari kerajaan. Namun terdapat pelbagai kes - kes lain oleh pemandu teksi yang akhirnya kerajaan "dibelasah" oleh rakyat. Adakah ini wajar? Kami berpendapat baik kerajaan hapuskan sahaja perkhidmatan teksi dan semua gunakan Uber serta Grabcar sebagai mode pengangkutan. Boleh?


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget