KL CHRONICLE: SPAD : Transformasi Industri Teksi Kian Hampir

Sunday, June 19, 2016

SPAD : Transformasi Industri Teksi Kian Hampir


Syabas dan tahniah diucapkan kepada  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah bekerja keras dalam menyiapkan kertas kerja bagi mentransformasikan industri teksi di negara ini. SPAD telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan yang memperincikan penyelesaian bagi meningkatkan tahap mutu perkhidmatan serta menggalakkan persaingan yang sihat di dalam industri teksi negara.



Umum ketahui bahawa masalah teksi di negara ini bukanlah isu yang baru. Namun kini telah dirumitkan lagi dengan kemunculan perkhidmatan ‘e-hailing’ seperti Uber dan Grab Car yang terus menggoncang industri teksi di negara ini. Akhirnya perkhidmatan e-hailing ini telah menggangu gugat pendapatan serta rezeki pemandu teksi yang sah di sisi undang - undang. 

Sudah pastinya,cara yang mudah adalah untuk melindungi pemandu teksi yang bernaung dibawah syarikat dan menangkap semua pemandu perkhidmatan e-hailing. Namun ini tidak akan menyelesaikan apa - apa masalah kerana akan sentiasa wujud pihak yang tidak berpuas hati iaitu sama ada pemandu teksi syarikat ataupun pemandu perkhidmatan e-hailing. Oleh sebab itu, satu win - win situation perlu difikirkan. 

Melalui maklumat yang kami terima, SPAD telah mencadangkan bahawa:

Cadangan yang dikemukakan turut menyentuh keperluan perundangan yang diperlukan untuk menangani permintaan yang dijanakan oleh teknologi semasa serta mengawal selia perkhidmatan ‘e-hailing’ seperti Uber dan Grab. Ianya juga bertujuan untuk memberikan kesamaan taraf di dalam medan persaingan yang adil di kalangan pemandu teksi agar mereka dapat kekal bersaing dengan sihat. Antara syor yang disarankan ialah pemberian lesen teksi individu baru kepada pemandu yang mempunyai rekod yang bersih untuk menggalakkan semangat keusahawanan di peringkat individu. Ia juga menyediakan pilihan yang munasabah bagi pemandu teksi yang berkelayakan, untuk keluar daripada belenggu sistem pajak. SPAD juga mencadangkan lebih banyak pilihan model kenderaan bagi kegunaan pemandu teksi.

Bagi kami di #KLChronicle, usaha SPAD ini membuktikan bahawa suruhanjaya tidak hanya "melepaskan batuk di tangga" dalam cuba menanggani isu teksi di negara ini. Malah satu win - win situation dicadangkan kepada kerajaan bagi memastikan rezeki setiap pemandu teksi di negara ini terjamin. Malah, ianya dapat mewujudkan satu industri teksi yang kompetitif sekaligus memberi banyak kesan positif kepada rakyat.

Terima Kasih SPAD!

KENYATAAN MEDIA SPAD MENGENAI TRANSFORMASI INDUSTRI TEKSI KIAN HAMPIR

Penyelesaian akan menjurus kepada mewujudkan persaingan yang adil pada masa hadapan

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2016 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan yang memperincikan penyelesaian bagi meningkatkan tahap mutu perkhidmatan serta menggalakkan persaingan yang sihat di dalam industri teksi negara.

Makmal teksi yang telah dijalankan oleh SPAD pada Disember 2015, telah mengesahkan bahawa penyelesaian permasalahan di dalam industri teksi bukanlah satu tugas yang mudah dan adalah sukar bagi mendapatkan jawapan yang akan memuaskan kesemua pihak. Dengan itu, di dalam menyediakan cadangan kepada Kerajaan, Suruhanjaya telah mengambil pendekatan yang seimbang serta memberikan tumpuan kepada usaha memastikan dasar semasa, peraturan-peraturan dan keperluan-keperluan lain akan terus memacu persaingan yang adil bagi industri teksi di masa depan.

Cadangan yang dikemukakan turut menyentuh keperluan perundangan yang diperlukan untuk menangani permintaan yang dijanakan oleh teknologi semasa serta mengawal selia perkhidmatan ‘e-hailing’ seperti Uber dan Grab. Ianya juga bertujuan untuk memberikan kesamaan taraf di dalam medan persaingan yang adil di kalangan pemandu teksi agar mereka dapat kekal bersaing dengan sihat. Antara syor yang disarankan ialah pemberian lesen teksi individu baru kepada pemandu yang mempunyai rekod yang bersih untuk menggalakkan semangat keusahawanan di peringkat individu. Ia juga menyediakan pilihan yang munasabah bagi pemandu teksi yang berkelayakan, untuk keluar daripada belenggu sistem pajak. SPAD juga mencadangkan lebih banyak pilihan model kenderaan bagi kegunaan pemandu teksi.

“Suruhanjaya berkeyakinan bahawa langkah untuk meliberalisasikan model teksi adalah diperlukan bagi mewujudkan landskap industri yang kompetitif yang dapat memacu industri ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah.

"Jelas sekali pembaharuan dan perubahan itu akan memberikan kesan yang besar terhadap industri teksi negara. Sebaik sahaja menerima kelulusan Kabinet, kami akan membuat perincian untuk memastikan bahawa penyelesaian dapat dilaksanakan sebaik mungkin serta mengambil kira kerumitan yang bakal dialami ketika proses peralihan," katanya lagi

Pada bulan Mei 2016, SPAD telah membentangkan cadangan penyelesaian di bawah Program Transformasi Industri Teksi kepada Majlis Ekonomi dan telah menerima maklum balas yang positif. Suruhanjaya akan mengumumkan butiran lengkap program tersebut di dalam masa terdekat, susulan kelulusan Kabinet yang dijangkakan pada bulan Julai 2016. Sementara menunggu keputusan tersebut, SPAD memohon kesabaran dari semua pihak bagi mengelakkan cetusan kontroversi dan kekeliruan.

-Tamat-

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget