KL CHRONICLE: SPAD : Hentikan spekulasi kelulusan projek LRT di Pulau Pinang #PenangPenipu #PutarBelit

Thursday, June 16, 2016

SPAD : Hentikan spekulasi kelulusan projek LRT di Pulau Pinang #PenangPenipu #PutarBelit


Pada 14 Jun yang lalu, kerajaan DAP Pulau Pinang dibawah kepimpinan Ketua Menteri kontroversi Lim Guan Eng telah mengeluarkan satu kenyataan di BERNAMA yang bertajuk ‘Penang Government Hoping to Secure SPAD Approval for LRT Project By July’ . Untuk makluman pihak pembaca, kenyataan kerajaan Pulau Pinang ini adalah satu kenyataan yang SALAH dan TIDAK BENAR sama sekali. 



Ini kerana, pada 16 Jun Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengeluarkan satu kenyataan yang memberikan penjelasan tentang projek LRT Pulau Pinang dan menyangkal kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Y.B. Chow Kon Yeow, Pengerusi jawatankuasa pengurusan trafik dan mitigasi banjir, Kerajaan Negeri Pulau Pinang. 

SPAD dengan jelas telah menyatakan bahawa:
SPAD telah menerima cadangan skim rel dan kajian kebolehlaksanaan bagi projek tersebut. Pihak konsortium projek juga telah memohon untuk mengadakan mesyuarat bersama SPAD dan pihak Suruhanjaya sudah mengambil maklum perkara-perkara yang telah dibentangkan pada 10 Jun 2016. 
Buat masa ini, SPAD sedang menyemak deraf skim dan kajian yang telah dikemukakan bagi menilai cadangan projek ini. Sekiranya perlu, pihak Suruhanjaya akan menghubungi pihak Kerajaan Negeri untuk maklumat tambahan, sebelum keputusan yang muktamad boleh dicapai. Memandangkan proses penilaian masih sedang dijalankan, adalah tidak wajar untuk membuat sebarang spekulasi berkaitan pemberian kelulusan bagi projek ini
Bagi kami di #KLChronicle, kenyataan SPAD ini membuktikan bahawa kerajaan Pulau Pinang dibawah kepimpinan Lim Guan Eng telah MENIPU rakyat Pulau Pinang dengan memberikan janji - janji PALSU hanya disebabkan kepentingan politik segelintir pemimpin DAP.  Kami berharap rakyat Pulau Pinang selepas ini akan lebih bijak dalam memilih kerajaan negeri mereka kerana terbukti DAP langsung tidak boleh dipercayai. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget