KL CHRONICLE: Sokong PAN ibarat mengundi @dapmalaysia @f_kedaulatan

Wednesday, June 8, 2016

Sokong PAN ibarat mengundi @dapmalaysia @f_kedaulatan



Sumber :  Friends of Kedaulatan


PAS menyifatkan sokongan terhadap Parti Amanah Negara (Amanah) sama seperti memberi undi kepada DAP, pada dua Pilihan Raya Kecil (PRK) bakal dihadapi.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar adalah medan ujian dalam menentukan senario politik akan datang.



“Kalau dulu hanya satu lawan satu, iaitu kita (PAS) menentang UMNO tetapi sekarang ia menjadi tiga penjuru, PAS, Barisan Nasional (BN) dan Amanah.

“Tradisinya, PAS melawan mana-mana parti kerana kita ada tahaluf siyasi dengan semua, tapi kini lain. “Amanah ni tajaan DAP. Kalau sokong Amanah, samalah macam sokong DAP,” katanya pada sesi penggulungan sempena Muktamar Tahunan PAS ke-62, di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK), sebentar tadi.

Mustafa berkata, saingan dihadapi PAS ketika berdepan pelbagai ujian, termasuk menjelang pilihan raya ibarat ‘alah bisa tegal biasa’ kerana parti itu sudah lama bertapak dalam dunia politik. Katanya, lawan utama PAS pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukan UMNO, sebaliknya Amanah yang terbentuk pasca pemilihan parti Islam itu pada tahun 2015.

“UMNO memang musuh tradisi kita, tak perlu sebut memang kita tahu akan berdepan dengannya (di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar). “Nampaknya yang beriya nak bertanding (lawan) kita sekarang ialah Amanah,” katanya.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget