KL CHRONICLE: Sejarah 7 Jun 2000 yang perlu anda tahu @f_kedaulatan

Tuesday, June 7, 2016

Sejarah 7 Jun 2000 yang perlu anda tahu @f_kedaulatan


SUMBER : Friends of Kedaulatan

https://m.facebook.com/friendsofkedaulatan/
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini melancarkan kod etika baru bagi menjadikan pasukan itu maju dan seiring dengan era teknologi maklumat masa kini. Kod etika lima perkara itu dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai dalam satu majlis di Mes Pegawai Kanan Polis, Bukit Aman, Kuala Lumpur.




Kod etika baru itu merupakan pengubahsuaian kepada kod etika yang sedia ada dengan mengambil kira perkembangan semasa dan  kod etika baru ini  lebih menekankan khidmat mesra kepada masyarakat dan penekanan terhadap teknologi maklumat di kalangan anggota polis.

Lima perkara yang terkandung dalam kod etika baru itu ialah Setia, Berdisiplin, Berwibawa, Prihatin Dan Mesra, dan Cemerlang.

Di majlis itu juga, Ketua Polis Negara telah menyampaikan Kod Etika Baru PDRM kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Jamil Johari, semua Pengarah Jabatan PDRM, Ketua-Ketua Polis Negeri, Komander-Komander Briged dan Komandan pusat-pusat latihan polis seluruh negara.

Sesungguhnya dengan penggabungan nilai-nilai etika yang sedia ada dengan kehendak ciri-ciri pengurusan moden dan peredaran semasa  akan  dapat melahirkan warga PDRM yang mantap, berwibawa serta serasi dengan perkembangan zaman.

Sumber : Arkib Negara

#4uMalaysia #4uMY #NegaraBerdaulat #SejarahKita

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget