KL CHRONICLE: Sejarah 22 Jun 1960 yang perlu anda tahu @f_kedaulatan

Wednesday, June 22, 2016

Sejarah 22 Jun 1960 yang perlu anda tahu @f_kedaulatan


Sumber FB : @f_kedaulatan

Peristiwa hari ini dalam sejarah
22 Jun 1960

Rang Undang-undang Keselamatan telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.  Rang Undang-undang ini yang dibaca buat kali keduanya telah dibahaskan selama dua hari sebelum ianya diluluskan.




Rang Undang-undang Keselamatan yang diluluskan ialah untuk menggantikan Undang-undang Darurat yang telah berjalan selama dua belas tahun.

Rang Undang-undang ini akan dikuatkuasakan pada 31 Julai 1960, iaitu tarikh diisytiharkan tamatnya darurat. Semasa mengemukakan Rang Undang-undang ini, YAB Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri telah memberi jaminan bahawa Kerajaan akan menggunakan kuasa dalam Rang Undang-undang ini dengan sehalus-halusnya sebagai satu langkah menjaga keselamatan daripada ancaman subversif di negara ini.

Tun Abdul Razak seterusnya menyatakan bahawa Kerajaan mesti memelihara demokrasi berparlimen di negara ini dan mempertahankannya dari ancaman-ancaman subversif.  Ini dilakukan bagi menjamin kesejahteraan hidup generasi di masa hadapan.  

Perbahasan yang hangat telah berlangsung selama dua hari selepas Rang Undang-undang ini dikemukakan oleh Tun Abdul Razak.  Pihak pembangkang yang terdiri dari Parti Progresif Rakyat dan Barisan Sosialis telah mengecam hebat Rang Undang-undang ini.

Rang Undang-undang Keselamatan yang diluluskan pada hari ini dalam tahun 1960 memberi jaminan bahawa Kerajaan memberi penekanan yang lebih positif terhadap keselamatan di negara ini terutamanya dari ancaman subversif.  Ini penting demi menjamin kesejahteraan hidup rakyat negara ini terutamanya bagi generasi akan datang.

Sumber : Arkib Negara

#4uMalaysia #4uMY #NegaraBerdaulat #SejarahKita

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget