KL CHRONICLE: Tahniah DS @LiowTiongLai , hampir 3,000 hadir kempen terakhir MCA di #PRKSgBesar

Saturday, June 18, 2016

Tahniah DS @LiowTiongLai , hampir 3,000 hadir kempen terakhir MCA di #PRKSgBesar


Tahniah diucapkan kepada Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan barisan kepimpinan beliau kerana telah berjaya menjalankan kempen yang efektif pada PRK Sungai Besar pada kali ini. Hasil usaha gigih MCA ini, malam terakhir tempoh berkempen memperlihatkan sambutan yang luar biasa dari masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional. Ceramah terakhir BN sebentar tadi di DUN Sekinchan telah memperlihatkan kehadiran hampir 3,000 orang masyarakat Cina!




Momentum luar biasa kempen yang digerakkan oleh MCA di DUN Sekinchan ini membuktikan masyarakat Cina kini sudah mula kembali ke BN. Masyarakat Cina sedar bahawa calon BN, Budiman Mohd Zohdi merupakan calon yang terbaik bagi mereka dan akan menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen dengan sangat baik demi kesejahteraan penduduk Sungai Besar. 

Ini dibuktikan dengan laungan  "Ahmad!" "Ahmad!" mengiringi kehadiran Budiman masuk ke tempat ceramah sebentar tadi. Ini memberikan mesej  yang jelas bahawa ada anjakan besar undi 13,000 pengundi Cina kepada BN esok. Berbanding ceramah DAP yang hanya dihadiri 300 orang sahaja di depan pejabat DAP, Sekinchan. Ini membuktikan bahawa masyarakat Cina sudah bosan dengan politik kotor, jijik dan penuh dengan fitnah parti DAP.

Bagi kami di #KLChronicle, perubahan sokongan masyarakat Cina kepada BN membuktikan bahawa masyarakat Cina kini sudah semakin matang dalam menilai mana satu parti yang dapat membawa pembangunan serta memberikan pendidikan yang baik kepada anak - anak mereka. Sudah pastinya, BN yang menjadi pilihan. Malah semenjak BN memerintah negara ini, masyarakat Cina sudah bebas berniaga tanpa dikenakan sebarang sekatan. Ini sangat dihargai oleh masyarakat Cina. 

Akhir kata, jangan lupa mengundi YB Budiman Mohd Zohdi dari Barisan Nasional sebentar sahaja lagi, dalam masa tidak kurang dari 6 jam!

2 comments:

Unknown said...

Ramai je hadir, belum tahu pangkah BN............hehehe.
Remember PRU13 - Tsunami Cina.
Beribu datang mendengar ceramah.
Tapi, when it comes to mengundi........????

fikirkanla said...

Jangan bangga sangat PRU14 nanti baru nampak game diorg. Prk skrg nk sokong pembangkang pun buat apa. Bukan boleh tukar kerajaan.
Apa yg kita lihat Minded Pengundi Cina Sama Dgn Haji Hadi & Anwar Ibrahim..Ada taktikal strategi utk PRU 14.. Yg nyata reputasi UMNO BN semakin jatuh & semakin bnyk ditentang.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget