KL CHRONICLE: PM @NajibRazak Rasmi #LEPRapidKL bersama @LiowTiongLai @AzmiAziz60

Thursday, June 30, 2016

PM @NajibRazak Rasmi #LEPRapidKL bersama @LiowTiongLai @AzmiAziz60

PUTRA HEIGHTS, 30 Jun-Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak hari ini merasmikan pembukaan penuh Projek Penyambungan Jajaran LRT, yang akan memberi manfaat  kepada jutaan penduduk di Lembah Klang khususnya yang menetap di daerah Petaling yang berjumlah kira-kira dua juta orang.

Tambahan jajaran sepanjang 35.1 km yang menghubungkan kedua dua laluan LRT Kelana Jaya dan Ampang/sri Petaling itu akan turut menghasilkan impak ekonomi yang signifikan termasuk meningkatkan taraf sosio ekonomi negara yang dinilai melalui Kadar Pulangan Ekonomi Dalaman afau Economic Internal Rate of Return (E\RR).

Dimiliki oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), projek yang melibatkan  pembukaan 12 stesen baru untuk Laluan Kelana Jaya dan 11 stesen baru untuk 
Laluan Ampang/Sri Petaling, dijangka menyumbangkan tambahan 300,000 
penumpang sehari untuk perkhidmatan rel Rapid KL. yang dikendalikan oleh anak syarikat Kumpulan berkenaan, Rapid Rail Sdn Bhd.

Dengan tambahan jajaran sepanjang 17.4km, jajaran tambahan Laluan Kelana Jaya, yang meliputi kawasan penempatan tinggi dan perniagaan sekitar seperti Subang, Glenmarie, Subang Jaya dan USJ, dijangka menyaksikan tambahan 170,000 
penumpang sehari.

Sambungan jajaran untuk Laluan Ampang, yang sepanjang 17.7 km dan melalui Puchong Perdana dan Pusat Bandar puchong, akan meningkatkan saiz jumlah Penumpang sehari laluan berkenaan dengan tambahan 130,000 penumpang.

Lapan daripada 11 stesen untuk jajaran tambahan laluan ampang/sri Petaling itu bagaimanapun sudah mula beroperasi sejak beberapa bulan lepas. Stesen-stesen Awan Besar, Muhibbah, Alam sutera dan Kinrara BK5 dibuka pada 31 Oktober tahun lepas manakala empat lagi stesen baru-101 Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong dan Bandar Puteri memulakan operasi sejak 31 Mac.

Berucap pada majlis berkenaan, pengerusi prasarana Tan sri Ismail Adam berkata sambungan LEP itu adalah terlalu penting untuk ditangguhkan. 

"Ia melibatkan kemudahan dan keselesaan jutaan warga kota yang bergantung kepada perkhidmatan pengangkutan awam khususnya perkhidmatan LRT, monorel 
dan bas henti-henti yang disediakan oleh Rapid KL," katanya.

Serentak dengan pembukaan 15 stesen LRT baru hari ini, Rapid Bus Sdn Bhd yang mengendalikan perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL, memulakan perkhidmatan bas pengantara atau 'feeder bus' untuk menyediakan kemudahan kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan LRT berkenaan.

Turut dibuka pada hari ini adalah fasiliti 'parkir dan gerak' di stesen-stesen utama, yang mana menawarkan tempat letak kereta percuma untuk satu bulan.

Pada majlis yang dihadiri oleh beberapa Menteri Kabinet, Perdana Menteri   Dato' Sri Najib turut menyaksikan upacara pertukaran dokumen Perjanjian Penyerahan dan Operasi MRT antara MRT CORP Sdn Bhd dan Rapid Rail Sdn Bhd yang secara rasmi melantik anak syarikat Prasarana itu sebagai operator untuk MRT Laluan 1 Sungai Buloh - Kajang.

Dato' Sri Najib turut menjadi saksi kepada upacara penyerahan Surat Perlantikan kepada Big Tree Outdoor Sdn Bhd dan Red Berry Group untuk mewakili Prasarana dalam menjana pendapatan tambahan menerusi penjualan ruangan iklan di aset  aset rel dan bas milik Prasarana.

Tamat. jutaan penduduk di Lembah Klang khususnya yang menetap di daerah Petaling yang berjumlah kira-kira dua juta orang.

Tamat.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget