KL CHRONICLE: Pendapat @weekasiongmp tentang pemecatan Muhyiddin & @MukhrizMahathir

Saturday, June 25, 2016

Pendapat @weekasiongmp tentang pemecatan Muhyiddin & @MukhrizMahathir


Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebentar tadi telah mengeluarkan satu kenyataan berkaitan pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Menurut Datuk Seri Dr Wee Ka Siong:



"Pemecatan ini merupakan isu dalaman UMNO dan kami didalam MCA tidak akan campur tangan dengan keputusan yang dilakukan oleh ahli parti"

Malah menurut Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, sudah menjadi amalan didalam Barisan Nasional dimana MCA, seperti juga parti komponen lain mempunyai polisi tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman parti komponen BN yang lain. 

Polisi ini sudah lama diguna pakai dan menjadi antara sebab tidak ada pergaduhan antara parti - parti didalam BN. Ini berbeza dengan parti pembangkang yang dimana DAP cuba menguasai PAS dan PKR namun apabila gagal PAS telah berpecah dua kepada PAS & PAN manakala PKR mempunyai dua kumpulan iaitu Kumpulan Wan Azizah dan Kumpulan Azmin Ali. 

Bagi kami di #KLChronicle, dasar yang diambil oleh parti komponen untuk tidak campur tangan merupakan satu dasar yang tepat. Ini sama juga dengan kenyataan bendahari MIC Datuk Seri S. Vell Paari sebentar tadi bahawa MIC tidak akan masuk campur dalam hal dalaman UMNO. 

Akhirnya, keharmonian BN tercapai dan parti komponen tidak bergaduh seperti pembangkang. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget