KL CHRONICLE: Pendapat Dato Seri @Vellpaari tentang pemecatan Muhyiddin & @MukhrizMahathir

Saturday, June 25, 2016

Pendapat Dato Seri @Vellpaari tentang pemecatan Muhyiddin & @MukhrizMahathir



_KENYATAAN MEDIA_
_DATO' SERI S. VELL PAARI_
_BENDAHARI_
_MALAYSIAN INDIAN CONGRESS (MIC)_

*Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin & Datuk Seri Mukhriz Mahathir*

Merujuk kepada kenyataan Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Razak bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah dipecat dari UMNO, pada pendapat peribadi saya ini adalah keputusan eksklusif barisan kepimpinan UMNO yang diterajui oleh Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi mereka berdasarkan perlembagaan parti. 



YAB Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa keputusan ini adalah keputusan sebulat suara oleh Majlis Tertinggi tanpa sebarang bantahan. Ini bermakna ianya adalah keputusan sebulat suara kepimpinan UMNO dan bukan mana - mana individu.  Saya menghormati keputusan yang diambil oleh sahabat kepimpinan UMNO. 

Secara peribadi, saya sebagai salah seorang barisan kepimpinan MIC akan terus berusaha dan bekerja keras demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat tidak kira agama atau bangsa. Paling utama adalah solidariti Barisan Nasional dan persediaan kita menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. 

_Terima Kasih_

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget