KL CHRONICLE: PCM Buat Laporan SPRM Berhubung Kos Kajian Pembinaan Terowong Dasar Laut

Friday, June 3, 2016

PCM Buat Laporan SPRM Berhubung Kos Kajian Pembinaan Terowong Dasar Laut


“Kos bagi Kajian Kebolehlaksanaan dan Reka Bentuk Terperinci bagi projek terbabit dikatakan lima kali ganda lebih tinggi, iaitu antara lapan hingga 11 peratus berbanding ditetapkan dalam Akta Kejuruteraan 1967.



“Situasi ini jelas bertentangan dengan akta yang memperuntukkan syarikat atau perunding kejuruteraan hanya boleh menetapkan kadar bayaran bagi semua kajian antara 2.28 hingga 2.54 peratus daripada keseluruhan kos bagi projek bernilai lebih RM1 bilion.

“Jadi hari ini saya hadir di pejabat SPRM Pulau Pinang untuk menyerahkan beberapa dokumen berhubung elemen mencurigakan itu, kami harap pihak SPRM dapat menyiasat dengan teliti serta telus,” katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan di SPRM di sini hari ini.

Huan berkata semakan audit terhadap akaun Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG) juga mendapati syarikat itu mengaut keuntungan bernilai RM64.5 juta berbanding pendapatan mereka sebanyak RM51.8 juta.

“Saya percaya keuntungan terbabit berjaya diraih CZBUCG menerusi bayaran diperuntukan kerajaan negeri bagi melaksanakan tiga kajian berhubung pelaksanaan projek terowong dasar laut ini,” dakwanya.

Baru-baru ini Ketua Menteri Lim Guan Eng dilaporkan mengumumkan bahawa RM305 juta bukan sahaja untuk kajian kemungkinan bagi projek terowong dasar laut dan tiga projek lebuh raya, tetapi turut meliputi reka bentuk terperinci dan kesan penilaian alam sekitar terperinci (DEIA).

http://www.umno-online.my/2016/06/03/pcm-buat-laporan-sprm-berhubung-kos-kajian-pembinaan-terowong-dasar-laut/

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget