KL CHRONICLE: Netizen sambut baik perkhidmatan #‎LEPRapidKL‬ #DemiRakyat ‪ @NajibRazak @AzmiAziz60

Thursday, June 30, 2016

Netizen sambut baik perkhidmatan #‎LEPRapidKL‬ #DemiRakyat ‪ @NajibRazak @AzmiAziz60



Rata - rata pengguna media sosial di negara ini menyambut baik usaha kerajaan dalam membiayai projek infrastruktur Sambungan Laluan LRT (LEP) dari Kelana Jaya ke Ampang, yang melibatkan kawasan baharu, termasuk Putra Heights, Subang Jaya dan Puchong. Ketiga kawasan ini diketahui ,mempunyai kepadatan penduduk yang sangat tinggi dan projek LEP ini sudah pastinya dapat membantu mereka. 



Mulai hari ini, penduduk Putra Heights, USJ, Subang Jaya, Puchong, Bandar Kinrara dan Bukit Jalil boleh berulang alik setiap hari ke Kuala Lumpur dengan menggunakan LRT seperti yang telah dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. Bagi mereka yang tidak tahu, projek ini merupakan satu daripada inisiatif pembangunan negara oleh kerajaan bagi memantapkan dan mengintegrasikan perkhidmatan pengangkutan awam bandar, yang merupakan satu daripada bidang keberhasilan utama negara di bawah program transformasi kerajaan.

Namun, apa yang dikesalkan adalah sikap segelintir netizen yang mahukan perkhidmatan LRT ini diberi secara percuma kepada rakyat. Bagi kami di #KLChronicle, mentaliti yang mahukan segala - galanya percuma merupakan satu mentaliti yang tidak betul. Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM8 bilion bagi LEP, dimana rangkaian sambungan ini meliputi jarak 46.4 kilometer, yang merentasi kawasan padat dengan penduduk.Sudah pastinya kerajaan melalui PRASARANA perlu mengenakan tambang yang sewajarnya bagi perkhidmatan ini. Kami difahamkan tambang ini juga telah di-subsidi oleh kerajaan BN. 

Jika dilihat dari struktur tambang, perkhidmatan sambungan baharu itu akan memberi kemudahan dan keselesaan pada kadar tambang yang sangat tidak membebankan penumpang, sebagai contoh, perjalanan dari Putra Heights ke KLCC hanya mengambil masa sejam dengan kadar tambang RM3.40 bagi setiap perjalanan.

"Dari stesen bersepadu Putra Heights ke Gombak, penumpang hanya perlu membayar tambang RM4.40, Putra Heights ke KL Sentral (RM3.20) dan dari Putra Heights ke Plaza Rakyat pula hanya RM3.20. Jika dikaji harga tambang berbanding dengan harga tol, minyak dan masa yang kita habis didalam kesesakan lalu lintas, sudah pastinya menaiki LRT ini merupakan satu perkara yang sangat positif. 

Akhir sekali, terima kasih kepada PRASARANA kerana mengekalkan tambang yang murah dan berpatutan untuk rakyat. Sesungguhnya tambang yang rendah ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pengguna LRT dan pengangkutan awam. Tengahari nanti kami di #KLChronicle akan menceritakan tentang bagaimana untuk anda menjimatkan 50% tambang LRT dengan beberapa cara tertentu. 

Stay Tuned!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget