KL CHRONICLE: @LiowTiongLai seru masyarakat cina pulang mengundi di #PRKSgBesar #SCS93 #InilahBudiman

Tuesday, June 14, 2016

@LiowTiongLai seru masyarakat cina pulang mengundi di #PRKSgBesar #SCS93 #InilahBudiman


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai menyeru masyarakat Cina yang menjadi pengundi berdaftar di Parlimen Sungai Besar untuk kembali ke Sungai Besar dan mengundi calon Barisan Nasional, Budiman Mohd Zohdi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan kali ini. Selain itu, Datuk Seri Liow Tiong Lai juga turut mengesahkan bahawa terdapat 7,000 ahli MCA yang merupakan pengundi di Parlimen Sungai Besar. Memetik kata - kata Datuk Seri Liow Tiong Lai:



"Saya menyeru kepada semua ahli yang juga pengundi di Sungai Besar untuk pulang mengundi dan memberi sokongan penuh kepada BN pada 18 Jun," 


Bagi kami di #KLChronicle, jumlah 7,000 pengundi ini merupakan satu nombor yang signifikan kerana ianya adalah satu nombor yang besar. Jika 100% dari pengundi ini turun mengundi dan mengundi BN, sudah pastinya YB Budiman Mohd Zohdi akan menang pada PRK kali ini. Ini ditambah pula dengan usaha berterusan parti MCA, melalui Presiden dan barisan kepimpinan mereka yang dilihat bertungkus lumus berkempen di kawasan DUN Sekinchan, sudah pastinya masyarakat Cina akan kembali mengundi BN. 

Kami juga telah mendapat maklumat melalui beberapa kenalan kami di DUN Sekinchan yang mengesahkan bahawa masyarakat Cina kini sudah mula tidak gembira dengan parti DAP. Antara sebab utama yang menyebabkan masyarakat Cina tidak puas hati dengan parti DAP adalah kerana skandal banglo dan terowong dasar laut Lim Guan Eng yang dilihat telah menjejaskan kredibiliti DAP sebagai sebuah parti yang Telus dan Amanah. DAP kini dilihat sebagai sebuah parti yang korup dan kotor dimata pengundi Cina. 

Oleh itu, bagi menunjukkan tanda protes terhadap kepimpinan Lim Guan Eng, kami difahamkan masyarakat Cina akan memberikan undi kepada calon BN. Ini akan menjadi satu pengajaran penting kepada parti DAP dan kuda mereka iaitu PAN supaya jangan menjadi korup dan melakukan pelbagai skandal sehingga menaikkan kemarahan rakyat. Parti Barisan Nasional, yang telah memimpin negara ini hampir 60 tahun merupakan parti yang terbaik untuk rakyat. 

Masyarakat Cina kini telah mulai sedar akan perkara ini dan sokongan mereka kini sudah kembali kepada BN. Ini semua sudah tentunya hasil usaha kepimpinan BN terutamanya Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan juga Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. 

Ayuh undi BN pada PRK Sungai Besar kali ini! 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget