KL CHRONICLE: Kini @RafiziRamli Hina Pengundi #PRKSgBesar & #PRKKualaKangsar

Sunday, June 19, 2016

Kini @RafiziRamli Hina Pengundi #PRKSgBesar & #PRKKualaKangsar

Pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar ada dua penyakit kata Rafizi Ramli
PKR menyifatkan kemenangan BN di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam akibat dua penyakit yang dideritai pengundi sejak sekian lama.

Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata, perjuangan masih jauh sekiranya rakyat terus dijangkiti dua penyakit ini iaitu sentimen perkauman atau keagamaan dan kebendaan.

“Penyakit sentimen perkauman atau keagamaan di mana ramai pengundi pasrah dengan rasuah, penyelewengan dan pelbagai lagi sedang mereka mengeluh setiap hari kerana bagi mereka memerangi Cina DAP dan sekutu mereka iaitu PKR dan Amanah itu lebih penting dari membantu diri mereka sendiri.



“Akhirnya serangan perkauman yang bertubi-tubi oleh kedua-dua Umno dan Pas telah meningkatkan sokongan kepada Umno dan mengekalkan baki sokongan pengundi Melayu kepada Pas,” katanya.

Katanya lagi, penyakit kedua iaitu kebendaan apabila dijanjikan pelbagai projek dan wang yang diagih semasa kempen.

“Baik pengundi Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan semua yang lain faktor projek yang dijanjikan dan wang kebendaan yang diagihkan semasa kempen tetap berkesan mengekalkan sejumlah undi kepada mereka.

“PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikan bahawa penyakit kebendaan ini tidak mengenal kaum, agama, tempat atau masa,” katanya.

Tambahnya, beliau akan mengkaji dan memperhalusi dapatan-dapatan ini di peringkat PKR dan Pakatan Harapan.

Semalam, BN mengekalkan kemenangan di dua PRK dengan majoriti lebih besar apabila meraih  majoriti 6,969 undi di Kuala Kangsar berbanding 1,082 undi dalam pilihan raya umum 2013 dan majoriti 9,191 undi di Sungai Besar, berbanding majoriti 399 undi pada 2013.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget