KL CHRONICLE: Keputusan Analisis #KLChronicle di #PRKSgBesar #SCS93 #KekalBN

Saturday, June 11, 2016

Keputusan Analisis #KLChronicle di #PRKSgBesar #SCS93 #KekalBN


Mengikut rekod, Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi dengan pecahan kaum ;

Melayu 28,776 (67.18 peratus)
Cina 13,142 (30.68 peratus)
India 820 (1.91 peratus)
Lain-lain kaum 98 ( 0.23 peratus).




Kini terdapat 3 parti yang bertanding iaitu BN, PAS & PAN. Secara mudahnya:

1. BN meletakkan calon dari komponen UMNO. Makna nya akan fokus lebih ke pengundi Melayu, dan diikuti kaum lain.

2. PAS pula akan tumpu pengundi Melayu sahaja kerana selepas membentangkan RUU 355 tak mungkin mereka mendapat undi orang Cina dan bangsa lain.

3. PAN pula akan tumpu pengundi Cina dan bangsa lain. Mereka menggunakan 100% jentera dan kekuatan DAP di DUN Sekinchan. Di DUN Pasir Panjang memang x masuk langsung.

4. Jika dilihat dari segi numbers, PAN akan mendapat 95% pengundi Cina, so fixed undi yang mereka akan dapat ialah 12,485. Tambah dengan 60% bangsa lain mereka akan dapat undi India sebanyak 492 dan lain - lain 60 undi. Secara kasar, undi melayu adalah 5% iaitu 1,439 undi.Jumlah keseluruhan undi PAN adalah: 14, 476.

5. PAS akan mungkin dapat 45% undi Melayu iaitu sebanyak 12,950.

6. BN mungkin akan dapat 50% undi Melayu. 5% undi Cina. 40% India dan lain - lain. Jadi jumlah keseluruhan undi adalah sebanyak 14,388 + 657 + 328 + 39 = 15,412.

Majoriti yang mungkin BN menang ialah 936. Namun jika terdapat swing dari pengundi melayu sebanyak hanya 5% (1,439 undi) BN boleh kalah.

Oleh itu nasihat saya kepada pemimpin -pemimpin BN jagalah pengundi Melayu kerana merekalah sebenarnya "kingmaker" dalam PRK di Sungai Besar. Bukan yang lain.


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget