KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD Perkenalkan MyBAS di Ipoh

Wednesday, June 15, 2016

#DemiRakyat SPAD Perkenalkan MyBAS di Ipoh



Menyedari hakikat bahawa perkhidmatan bas di Ipoh, Perak kurang memuaskan hasil dari laporan rakyat di negeri itu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengambil langkah proaktif bagi menangani masalah ini dengan mewujudkan perkhidmatan myBAS (Fasa 1) di Ipoh, Perak bermula Jun 2016. Fasa pertama ini melibatkan 4 laluan utama. 

4 laluan utama tersebut adalah:


  1. Stesen Bas Ipoh - Terminal Amanjaya
  2. Stesen Bas Ipoh - Chemor
  3. Stesen Bas Ipoh - RTC Gopeng
  4. Terminal Amanjaya - Stesen Bas Ipoh

Hasil maklumat yang kami terima dari SPAD, perkhidmatan sepenuhnya MyBAS Ipoh akan mula beroperasi pada August 2016 dan akan meliputi jarak sejauh 312 km. Ianya akan menawarkan 12 laluan utaman dan 7 laluan perantaraan (feeder). Disini kami juga sertakan maklumat laluan myBAS Ipoh Fasa 1 untuk pembaca:

Sedikit maklumat tambahan, sebagai authority dalam pengangkutan awam darat di negara ini, SPAD telah memperkenalkan perkhidmatan myBAS di  beberapa bandar seperti bandar Kangar , Perlis dan Seremban , Negeri Sembilan. Ini membuktikan bahawa SPAD sedang melakukan penambahbaikkan sistem pengangkutan awam darat di negara ini dan ini hanya akan membawa kebaikan dan kesenangan kepada rakyat. 

#Kipidap

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget