KL CHRONICLE: Awas dengan fitnah jijik pembangkang sebelum #PRKSgBesar #SCS93 #InilahBudiman

Friday, June 17, 2016

Awas dengan fitnah jijik pembangkang sebelum #PRKSgBesar #SCS93 #InilahBudiman



*Mohon sahabat-sahabat untuk melakukan sebaran kepada pesanan berikut:*

Kepada pengundi-pengundi yang bakal menunaikan kewajipan pada 18hb ini di Sungai Besar atau Kuala Kangsar haruslah berhati-hati kepada strategi terdesak Pakatan Pembangkang untuk melakukan penipuan/fitnah saat akhir yang barangkali tidak sempat untuk dijawab secara sistematik oleh jentera parti mahupun kerajaan.

Sebahagian daripada strategi penipuan/fitnah saat akhir Pembangkang yang sebelum ini:



1. Video dakwat kekal boleh dicuci.

2. Sebaran SMS kepada pengundi Cina sekiranya mereka tidak turun awal, Bangla akan mengundi bagi pihak mereka.

3. Sebaran gambar bilik membuang undi yang 'black-out' tetapi sebenarnya dilakonkan.

4. Kes Tabung Haji semasa PRK Permatang Pauh.

5. Ada 'ahli umno' yang kononnya keluar parti dan sokong pihak pembangkang.

6. Sebaran risalah "Selepas mengundi BN sila tuntut RM500 di pondok BN"

7. Jentera pembangkang kononnya dipukul/dicederakan oleh jentera BN.

8. Poster/bendera/bahan kempen calon pembangkang yang kononnya dirosakkan oleh jentera BN.

9. 'Pendedahan' tentang salah laku pemimpin kerajaan BN ataupun agensi-agensi kerajaan BN.

10. Menyebarkan gambar calon pembangkang/pemimpin pembangkang sendiri di'edit' dengan jahat dan mengatakan bahawa ini adalah kerja jahat BN sendiri.

Lain-lain perkara yang kadang-kala di luar jangkaan.

Dinasihatkan sekiranya tuan/puan menerima tudahan jahat oleh pembangkang tersebut, jangan pedulikan dan teruskan untuk mengundi BN.

Kebenaran akan menang jua akhirnya.

#KekalBN
#PRKSgBesar
#PRKKualaKangsar

D-Day = Hari Mengundi
D-1 = Sehari sebelum mengundi
D-2 = 2 hari sebelum mengundi
D-3....

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget