KL CHRONICLE: 5 alasan mengapa anak muda #PRKSgBesar perlu undi YB Budiman #SCS93 #KekalBN

Saturday, June 11, 2016

5 alasan mengapa anak muda #PRKSgBesar perlu undi YB Budiman #SCS93 #KekalBN


Kami di #KLChronicle ingin berkongsi dengan pembaca kami tentang 5 alasan mengapa anak muda perlu memilih Budiman Zohdi sebagai Ahli Parlimen Sungai Besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini. 


Pertama sekali, Budiman Zohdi merupakan calon tempatan dan anak jati Sungai Besar. Ini berbeza dengan calon PAS yang berasal dari Meru manakala calon PAN pula bukan pengundi di Sungai Besar. Adakah anak muda Sungai Besar mahu memilih orang luar menjadi Ahli Parlimen mereka?

Kedua, YB Budiman hanya berumur 44 tahun dan paling muda antara ketiga - tiga calon. Usia muda Budiman Zohdi akan membolehkan beliau mendengar denyut nadi anak muda dengan lebih berkesan. 

Ketiga, Budiman Zohdi mempunyai rekod cemerlang sebagai ADUN Sungai Panjang. Siapa tidak kenal YB Budiman yang sememangnya rajin dan sentiasa mudah didekati. Ini yang anak muda suka. 

Keempat, Budiman Zohdi mempunyai rekod akademik yang sangat baik. Malah kini beliau sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat PHD. Ini sesuatu yang sangat positif dan membanggakan. Malah, impian Budiman adalah mahu setiap rumah di Sungai Besar mempunyai seorang anak graduan. Bukankah ini bagus?

Kelima, seperti yang kami kata Budiman Zohdi mudah didekati dan dibawa berbincang. Bukankah ini yang anak muda suka? Berbeza dengan calon PAN yang hanya akan melawat kawasan 2 bulan sekali. Gila punya orang.

Selepas baca 5 alasan diatas, siapakah yang anda mahu pilih pada PRK Sungai Besar kali ini?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget