KL CHRONICLE: #Tahukah Anda McDonald's Malaysia beri biasiswa kepada anak dari keluarga berpendapatan rendah?

Thursday, May 26, 2016

#Tahukah Anda McDonald's Malaysia beri biasiswa kepada anak dari keluarga berpendapatan rendah?


Mungkin ramai yang mengenali McDonald's Malaysia sebagai sebuah rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di negara ini. Namun disebalik restoran yang mereka miliki, McDonald's Malaysia juga telah melakukan pelbagai program - program bantuan kemanusian. Senarai program - program yang telah dianjurkan/dilakukan oleh McDonald's Malaysia pernah diterbitkan oleh kami di #KLChronicle sejak beberapa bulan yang lepas. 



Lebih menarik lagi, hari ini kami dimaklumkan bahawa McDonald's Malaysia juga sebenarnya menawarkan biasiswa kepada anak dari keluarga yang berpendapatan rendah. Bagi McDonald's Malaysia, semua anak wajar diberi peluang untuk belajar dan mendapat pendidikan yang baik. Biasiswa ini bertujuan supaya anak - anak istimewa ini dapat belajar dengan baik dan cemerlang dalam pendidikan mereka. 


Program Biasiswa McDonald's Malaysia ini telah dilancarkan pada tahun 1997, dimana ianya adalah hasil kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE). Secara purata, setiap tahun seramai 6 pelajar sekolah menengah yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan dari keluarga berpendapatan rendah dipilih untuk menerima biasiswa tajaan McDonald's Malaysia. 

Pelajar terpilih ini menerima biasiswa bulanan berupa wang elaun untuk makanan di sekolah dan elaun tambahan untuk pengangkutan, uniform sekolah dan juga yuran. Lebih menarik lagi, jika pelajar ini mendapat semua A's dalam peperiksaan PT3 dan SPM mereka, mereka mendapat voucher McDonald's Malaysia sebanyak RM 200 atau RM 100 dan ini mereka boleh gunakan untuk keluarga atau rakan - rakan mereka.

Secara konklusinya, kami di #KLChronicle ingin mengambil kesempatan ini untuk memuji sikap McDonald's Malaysia yang sangat mengambil berat tentang pendidikan anak - anak dari keluarga berpendapatan rendah. Tidak banyak syarikat yang sanggup berbelanja besar untuk mengeluarkan biasiswa untuk anak - anak dari keluarga berpendapatan rendah. Langkah murni McDonald's Malaysia ini wajar dicontohi oleh syarikat - syarikat lain. 

Terima Kasih McDonalds!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget