KL CHRONICLE: Sejarah 18 Mei 1893 yang perlu anda tahu

Wednesday, May 18, 2016

Sejarah 18 Mei 1893 yang perlu anda tahu


Kerja-kerja pembinaan jalan keretapi ini telah menghadapi banyak kesulitan kerana sebuah jambatan terpaksa dibina merentasi Sungai Bidor. Jambatan sepanjang 550 kaki ini telah mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.





Upacara bersejarah ini telah disaksikan oleh pembesar-pembesar negeri termasuklah Gabenor Cecil Clementi, Residen  Perak; Sir Frank  Swettenham, Penguasa Hilir Perak dan Pegawai Kanan Keretapi.

Pada majlis tersebut juga sebuah keretapi yang telah dihias indah telah digunakan untuk membawa rombongan pembesar dan pelawat dari stesen keretapi Teluk Anson ke Batu 16 Tapah, ke Bidor dan kembali ke Teluk Anson (kini Teluk Intan).

Pembukaan jalan keretapi Teluk Anson -Tapah ini merupakan penyambung kepada perkembangan sistem perhubungan dengan menggunakan keretapi pada tahun-tahun berikutnya.

#4uMalaysia #4uMY #NegaraBerdaulat #SejarahKita

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget