KL CHRONICLE: Propaganda DAP "Undi Adenan = Undi Najib" GAGAL di #PRNSarawak

Sunday, May 8, 2016

Propaganda DAP "Undi Adenan = Undi Najib" GAGAL di #PRNSarawak


Mohd Puad Zarkashi

DAP akan mencari berbagai alasan kenapa jumlah kerusi mereka merosot jauh daripada 12 kerusi di PRN 10 kepada 7 di PRN ke 11.




Paling ketara, DAP percaya Najib adalah liabiliti kepada BN. Di mana mana roundabout akan terdapat billboard, banting dan poster yg tertulis perkataan "Undi Adenan = Undi Najib". Rupanya rakyat Sarawak sudah muak dengan cara kempen yang tidak beradasarkan kepada polisi, dasar dan komitmen. Satu lagi, slogan lapuk DAP "Ubah" juga tidak laku. DAP dan pembangkang seolah olah kehabisan modal kempen.

Isu kononnya GST akan dinaikkan 10 peratus kalau BN menang besar memang menggusarkan BN di peringkat  awal. Tetapi isu itu termasuk isu 1MDB dan RM2.6 Bilion dianggap "Dry" kepada rakyat Sarawak. 

Ternyata "Politik Jaminan" lebih penting kepada rakyat Sarawak. Kejayaan TS Adenan melaksanakan 51 touch points dalam tempoh 2  tahun menyakinkan rakyat Sarawak iaitu Adenan boleh menjamin masa depan yang lebih baik kepada Sarawak.

Hubungan yang erat antara Adenan dan Najib juga mendapat endorsement daripada rakyat Sarawak. Ia juga satu bentuk "Jaminan". Kekerapan Najib datang ke Sarawak di samping penglibatan sepenuh masa beliau sepanjang kempen meyakinkan rakyat Sarawak bahawa Najib memang perihatin dan komited untuk membangunkan Sarawak.

Di PRN ke 10, SUPP hampir dipukul maut. DAP mendapat 12 kerusi. Ada yang buat kesimpulan, ia signal berlakunya tsunami Cina di PRU ke 13 yang mengakibatkan MCA dan GERAKAN hampir dipukul maut juga. Kini apakah sejarah akan berulang dalam PRU ke 14 nanti?

Apakah pengundi Cina di Semenanjung juga akan membuat pertimbangan sama seperti di Sarawak iaitu lebih terjamin jika sekiranya MCA dan Gerakan diberi mandat selesa untuk berkongsi kuasa dalam kerajaan pusat BN?

Kalau "Jaminan" yang menjadi harapan mereka. Maka kerajaan BN boleh memberikan jaminan tersebut. Apabila DAP dan PKR bertembung sesama sendiri di 6 kawasan, itu bermakna Pakatan Harapan tidak boleh memberi jaminan kepada sebuah kerajaan yang adil dan bermesyuarah. 

Politik "Simpati" juga gagal mempengaruhi trend pengundi Sarawak kali ini. Walaupun DAP cuba mengeksploitasi keluarga mangsa culik asal Sibu oleh kumpulan lanun daripada Filipina, tetapi DAP tetap kehilangan kerusi Dudong dalam Bahagian Sibu. Di saat akhir ada yang meramalkan Dr Sim Presiden SUPP juga tidak akan berjaya untuk menawan Batu Kawah kerana dikatakan calon DAP Christina Liew mengalami keguguran anak. Ia menimbulkan rasa simpati kepada pengundi. Tetapi akhirnya Dr Sim menang dengan majoriti di luar dugaan iaitu 2085 undi.

Maka apakah pengundi sudah mula bosan dengan politik persepsi yang menjadi senjata penting kepada pembangkang di PRU ke 13 yang lalu?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget