KL CHRONICLE: Presiden China Railway Lakukan Kunjungan Hormat Ke Ibu Pejabat SPAD

Wednesday, May 25, 2016

Presiden China Railway Lakukan Kunjungan Hormat Ke Ibu Pejabat SPAD



Menyedari bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merupakan sebuah suruhanjaya yang memainkan peranan yang penting dan kritikal dalam memastikan pengangkutan awam darat di negara ini menjadi antara yang terbaik di dunia, Presiden China Railway iaitu  Tuan Yang Terutama Shen Guan Zu telah melawat Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar di ibu pejabat SPAD. 




Objektif utama lawatan China Railway ke ibu pejabat SPAD adalah sudah pastinya untuk menunjukkan minat China Railway terhadap projek - projek infrastruktur pembangunan rel keretapi di negara ini. Umum ketahui bahawa dibawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak, kerajaan Malaysia kini berminat untuk membina satu High Speed Rail (HSR) menghubungkan Kuala Lumpur ke Signapura. 

Umum ketahui bahawa projek HSR ini berjumlah berbillion ringgit dan telah menarik minat pelbagai pemain industri antaranya dari Jepun, Amerika Syarikat, Eropah dan sebagainya. Sebagai sebuah negara yang maju dan syarikat yang berpengalaman dalam HSR, China Railway juga sudah pastinya berminat untuk membida seterusnya mendapat kontrak HSR ini. 

Bagi kami di #KLChronicle, kami yakin akan kebolehan SPAD untuk memastikan projek HSR ini menjadi antara projek terbaik di negara ini dimana dari segi teknologi serta pembangunan infranya adalah yang terbaik serta membawa banyak manfaat kepada rakyat. SPAD telah membuktikan kebolehan mereka dalam projek MRT serta LRT 2 & LRT 3. Diharap projek HSR ini juga akan menjadi lagi satu "achievement" bagi SPAD. 

Disini kami sertakan beberapa gambar lawatan pasukan China Railway ke ibu pejabat SPAD 





No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget