KL CHRONICLE: Kini Dr Mahathir mahu pembangkang tewaskan BN di Sungai Besar & Kuala Kangsar

Sunday, May 15, 2016

Kini Dr Mahathir mahu pembangkang tewaskan BN di Sungai Besar & Kuala Kangsar

270fb821-bd8f-479b-b726-64a28c2b5815

Bekas Perdana Menteri yang kini dilihat sebagai Ketua Pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan harapan besar agar pembangkang menewaskan BN pada dua pilihan raya kecil (PRK) yang akan diadakan 18 Jun depan.
Bekas presiden Umno itu mahu kedua-dua kerusi tersebut hanya ditandingi satu lawan satu sahaja.
Mahathir berkata, ia bagi mengelakkan perpecahan undi di kalangan pembangkang seperti berlaku dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak sebelum ini.


“Bulan puasa ini kita akan berdepan dengan dua pilihan raya kecil, saya berharap kita semua akan mengalahkan BN dalam PRK kali ini.
“Jangan ambil kira siapa yang lawan BN, kita hendak satu parti sahaja yang lawan BN kerana kita tahu kalau kita letak dua tiga calon seperti yang berlaku di Sarawak, undi berpecah dan BN akan menang.
“Kalau kita hanya ada satu lawan satu kita boleh tentukan kekalahan BN dengan mengundi sebarapa banyak mungkin kepada calon yang melawan BN,” kata Mahathir ketika berucap dalam Himpunan Selamatkan Malaysia di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi.
Meskipun dihadiri barisan kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN), himpunan kali ini dilihat kurang mendapat sambutan apabila hanya dihadiri kira-kira 300 penyokong.
Bagaimanapun jumlah kehadiran dikatakan merosot kerana kerana malam tadi turut berlangsung perlawanan akhir Piala FA di Shah Alam.
Pembangkang perlu bersatu
Bercakap mengenai langkah PAS meletakkan calon di dua kerusi berkenaan, jelas Mahathir pembangkang seharusnya bersatu dan tidak menjadikan isu perebutan kerusi sebagai faktor kemenangan BN di dua PRK berkenaan.
Justeru, Tun Mahathir berkata meskipun PAS bukan lagi sebahagian dari pakatan itu HARAPAN perlu bersatu bagi menumbangkan BN.
“Jangan kita (pertikai) siapa calon ini, kalau pun daripada dia parti PAS dan PAS tidak bersama dengan kita tetapi yang utama mengalahkan BN untuk menunjukkan kepada Najib bahawa rakyat sudah tidak lagi sokongnya, sebab itu kita harus kerja keras untuk mengalahkan BN dalam PRK pada kali ini.
“Ini akan menjadi bukti bahawa kemenangan di Sarawak bukan kemenangan Najib walapun dihambur begitu banyak wang disana tetapi mereka memikir tentang kepentingan Sarawak semata-mata bukan berkenaan dengan sokongan kepada Najib,” tegas Mahathir.
Belajar dari kesilapan di Sarawak
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata HARAPAN masih belum memutuskan parti mana yang akan bertanding di PRK berkenaan.
“Yang penting prinsip kita pertahankan dan juga didokong oleh Tun Mahathir malam ini bahawa PRK harus satu lawan satu dan kita mesti tumbangkan BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
“Itu satu pembaharuan yang dizahirkan oleh Mahathir dan ini memberikan semangat kepada kita semua supaya belajar daripada kesilapan di Sarawak dan semua parti mesti kembali ke meja rundingan untuk memastikan hasrat rakyat itu dapat dipenuhi,” katanya.
Kerusi parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Datuk Noriah Kasnon dari BN yang terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lepas.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan tarikh 18 Jun depan bagi tarikh pembuangan undi serentak bagi Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Dalam pilihan raya umum lalu, PAS hanya kalah tipis kira-kira 399 majoriti undi di Sungai Besar dan hanya ketinggalan kira-kira 1,082 majoriti undi di Kuala Kangsar.

7 comments:

Abdul Wahid said...

Sekrg ni pengundi tgk calon kalau calon tak berkenan dihati udah le...

Abdul Wahid said...

Sekrg ni pengundi tgk calon kalau calon tak berkenan dihati udah le...

ramlan aziz said...

Ya betul...baca yg tersirat....harap sumer dh matang berfikir....!

Abdul Wahid said...

Dia bukan ahli umno itu hak dia nak bercakap

usin said...

Sampai mcm tu sekali? Yg dia marah bn ke najib? Yg dok sibuk nak selamatkan umno bla bla bla ru apa. Ni nk kasi lingkup umno (bn) dlm prk. Pening den...

usin said...

Sampai mcm tu sekali? Yg dia marah bn ke najib? Yg dok sibuk nak selamatkan umno bla bla bla ru apa. Ni nk kasi lingkup umno (bn) dlm prk. Pening den...

Asaif Barkiya said...

Tun Mahathir adalah ahli politik bersifat korosif (Corrosive).Tiada mana-mana tempat yang tidak terkena kesan korosif yang merosakkan lagi bahaya.UMNO terkena kesannya dan bahaya kesannya juga akan terkena Pakatan Harapan dan sesiapa yang di hinggapi olehnya.Beliau bersifat merosak dan memusnah.Walaupun sepatutnya beliau bersara seperti kelazimannya tetapi perwatakan dan sifat semulajadi korosif tidak luput dan sentiasa aktif korosif.Maka untuk mengekang sifat semulajadi yang reaktif serta bahaya kepada politik Malaysia,pengneutralan adalah jawapannya.Ruang-ruang siber dan lapangan jurnalisma awam hendaklah menidakkan kehadiran virtual beliau dengan membeku apa jua bentuk berita secara langsung dan tidak langsung.Juga,apa-apa kaitan berita pautan juga termasuk di dalam pelan deaktifan.Kesan pengneutralan adalah jalan selamat untuk memberi kesan efektif secara total.Tun telah menghitamkan legasi beliau dengan sifat-sifat korosif beliau.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget