KL CHRONICLE: Jom Kenali Nabil, kakitangan istimewa McDonald's Malaysia

Monday, May 9, 2016

Jom Kenali Nabil, kakitangan istimewa McDonald's Malaysia


Restoran McDonald’s Malaysia, yang merupakan restoran makanan segera terbesar di Malaysia dikenali sebagai sebuah restoran yang sangat “pemurah” kerana telah melakukan banyak aktiviti – aktiviti kemasyarakatan di negara ini. Kami di #KLChronicle juga telah menerbitkan beberapa siri artikel menceritakan tentang program – program yang telah dilakukan oleh McDonald’s Malaysia sejak tahun lepas lagi.


Namun hari ini, kami ingin menceritakan sesuatu yang sangat istimewa dan unik yang telah berlaku di McDonald’s Malaysia. Informasi ini telah kami terima dari sahabat kami yang telah berjaya menemuramah insan istimewa saudara Muhammad Nabil Rosli yang merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU). Muhammad Nabil Rosli merupakan seorang kakitangan di restoran McDonald’s Malaysia di kawasan Puncak Alam.


Bagi mereka yang tidak tahu, McDonald’s Malaysia sehingga ke hari ini mempunyai hampir 100 orang kakitangan OKU yang bekerja secara sepenuh masa ataupun separuh masa. Mengikut maklumat terkini, 70% dari pekerja OKU ini bekerja separuh masa dan selebihnya adalah sepenuh masa. Lebih menarik lagi, buat kali pertamanya kami di #KLChronicle baru dapat tahu bahawa McDonald’s Malaysia telah bekerjasama dengan beberapa organisasi lain untuk membuka/memberi peluang pekerjaan kepada warga OKU.


Berbalik kepada insan istimewa yang bernama Muhammad Nabil Rosli ini, beliau sebenarnya sangat istimewa kerana selain bekerja dengan McDonald’s Malaysia, beliau juga sebenarnya seorang atlet negara dalam sukan paralimpik dalam sukan olahraga dan futsal. Kami di #KLChronicle sebenarnya sangat tersentuh dengan semangat dan kegigihan saudara Muhammad Nabil Rosli mencari rezeki walaupun beliau menghidap penyakit Cerebral Palsy.


Malah, menurut maklumat dari pengurus beliau iaitu Encik Mohamad Shahrul, Nabil adalah antara pekerja yang paling rajin di restoran dimana beliau memang sangat cepat mengemas meja – meja yang kotor kerana tidak suka melihat kawasan restoran kotor dengan bekas – bekas makanan. Ini membuktikan OKU seperti Nabil juga mampu bekerja seperti biasa jika diberikan peluang yang sewajarnya oleh syarikat  dan restoran – restoran makanan.

Di kesempatan ini, kami di #KLChronicle ingin mengucapkan ribuan terima kasih bagi pihak semua warga OKU di negara ini kepada McDonald’s Malaysia kerana mempercayai dan memberi peluang kepada warga OKU mencari rezeki yang halal. Diharapkan lebih banyak syarikat dan restoran “buka mata” dan memberi peluang kepada warga OKU mencari rezeki di negara ini. Usahlah kita ghairah hendak mengambil warga asing tetapi warga tempatan kita abaikan begitu sahaja.

Tahniah sekali lagi kepada McDonald’s Malaysia!

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget