KL CHRONICLE: Isu ISBSF , Kerajaan PM @NajibRazak wajar campur tangan @SPADChannel

Saturday, May 7, 2016

Isu ISBSF , Kerajaan PM @NajibRazak wajar campur tangan @SPADChannel

Kerana kos operasi tinggi, Cityliner pada awalnya mahu hentikan operasi di 19 laluan

Baru - baru ini, timbul isu dimana syarikat Transnasional, melalui anak syarikat mereka Cityliner telah mengambil keputusan untuk menghentikan operasi bas Cityliner di 19 laluan di Kelantan berikutan kos operasi yang tinggi. Selain itu, 19 laluan ini merupakan "laluan sosial" dimana jumlah pendapatan/keuntungan tidak setimpal dengan kos operasi yang dikeluarkan oleh syarikat - syarikat ini. 


Sebenarnya, isu ini telah lama berlaku dimana syarikat bas perkhidmatan awam tidak berminat untuk mengadakan perkhidmatan di laluan - laluan yang tidak menguntungkan. Ini kerana syarikat - syarikat ini lebih mementingkan keuntungan berbanding melakukan "sosial service" atau kebajikan kepada rakyat. Menyedari hakikat ini, pada tahun 2012, kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengambil satu langkah yang sangat drastik untuk menyelesaikan masalah ini. 

Kerajaan Barisan Nasional telah mewujudkan satu inisiatif di bawah NKRA UPT (Pengangkutan Awam Bandar Bidang Keberhasilan Utama Negara) yang dipanggil Interim Stage Bus Support Fund (ISBSF) atau dalam bahasa mudahnya kerajaan akan memberi subsidi kepada syarikat - syarikat pengangkutan awam darat ini supaya mereka terus beroperasi di laluan sosial demi kesejahteraan dan kesenangan rakyat. 

SPAD diamanahkan untuk mengendalikan projek ISBSF
Selain itu, tujuan ISBSF ini diwujudkan adalah untuk bertindak sebagai langkah sementara untuk membantu pengendali bas henti-henti yang terjejas ekoran daripada peningkatan kos operasi terutamanya di laluan sosial (atau yang kurang menguntungkan). Ini sekaligus tidak akan menimbulkan isu dimana terdapat kawasan - kawasan yang tiada perkhidmatan bas dan sebagainya. Tanggungjawab untuk memastikan inisiatif ini berjalan dengan lancar telah diberikan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). 

Sejak tahun 2012, kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memperuntukkan dana sebanyak RM 400 juta untuk projek ISBSF ini. Dana tersebut telah digunakan sejak 4 tahun yang lalu (2012 - 2015) tanpa sebarang masalah dimana pengendali bas henti-henti telah meneruskan perkhidmatan mereka di laluan sosial. Namun kini dana yang ada telah semakin berkurangan dan bantuan kerajaan sekali lagi diperlukan supaya projek ISBSF ini dapat diteruskan. 

Kami di #KLChronicle ingin merayu kepada kerajaan Barisan Nasional pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk terus menyalurkan dana kepada projek ISBSF ini demi kesejahteraan rakyat. Umum ketahui bahawa perkhidmatan bas henti - henti ini adalah diluar bandar dan kawasan luar bandar juga lah yang tidak putus  - putus menyokong segala dasar dan keputusan kerajaan. Janganlah kerajaan dana yang sedikit ini kerajaan kehilangan sokongan rakyat luar bandar. 

Oleh itu, adalah amat wajar sekali kerajaan Barisan Nasional menghargai sokongan mereka ini dan terus membantu projek ISBSF ini dan sekaligus memastikan kesejahteraan dan kesenangan rakyat luar bandar terjamin. Esok kami di #KLChronicle akan menceritakan dengan lebih lanjut lagi kejayaan projek ISBSF ini dan bagaimana ianya telah membantu rakyat di luar bandar.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget