KL CHRONICLE: GAMBAR PESAWAT LATIHAN TUDM TERHEMPAS DI PEKAN, PAHANG.

Tuesday, May 17, 2016

GAMBAR PESAWAT LATIHAN TUDM TERHEMPAS DI PEKAN, PAHANG.


Menurut kenyataan akhbar daripada TUDM memberitahu bahawa sebuah pesawat jenis Aermacchi MB339CM telah mengalami masalah teknikal semasa membuat latihan pada jam 12.54 tengah hari ini.





Kedua² juruterbang pesawat tersebut dilaporkan selamat setelah berjaya keluar dari pesawat dengan menggunakan kerusi injal pesawat. Pihak TUDM akan menubuhkan sebuah Lembaga Penyiasatan bagi menyiasat punca kemalangan.



Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian dan jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi dan Balai Bomba dan Penyelamat Pekan dikejarkan ke lokasi kejadian.

Seramai 11 orang anggota bomba dan JBPM terbabit dalam operasi berkenaan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget