KL CHRONICLE: Calon Tidak Boleh Berkempen bukan satu isu #KualaKangsar

Sunday, May 29, 2016

Calon Tidak Boleh Berkempen bukan satu isu #KualaKangsar


Pada tahun 2008 iaitu di dalam Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU12), calon DAP telah memenangi kerusi DUN Kota Alam Shah. M Manoharan dari DAP yang berada dalam tahanan di bawah ISA menang dengan undi 12,699 undi sekali gus merampas kerusi DUN Kota Alam Shah daripada penyandangnya, calon BN, Ching Su Chen yang hanya meraih 5,515 undi.




Pada tahun 1978, dua calon DAP yang memenangi kerusi pilihan raya iaitu Chian Heng Kai (Parlimen Batu Gajah) dan Chan Kok Kit (Parlimen Sungai Besi), mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat.  Chan menang dengan majoriti 33,687 undi manakala Chian 6,281 undi

Mereka ini tidak turun berkempen tetapi jentera parti mereka bekerjua kuat atas "simpati" untuk menang dalam Pilihanraya.

Bagi BN mungkin ini kali pertama suasana seperti ini dalam PRK Kuala Kangsar, iaitu calon BN Datin Mastura Dato' Mohd Yazid, balu Dato' Wan Khair-l Anuar mantan MP Kuala Kangsar yang telah menyatakan tidak akan turun berkempen kerana masih dalam tempoh iddah memenuhi tuntutan agama. PRK dalam bulan puasa mungkin memberi kelebihan pada BN tanpa perlu berkempen berlebih-lebihan. Disinilah menguji kekuatan jentera parti dan kempen anak-anak arwah untuk meneruskan kesinambungan usaha ayah mereka di Parlimen Kuala Kangsar.

https://www.facebook.com/PRKMalaysia/photos/a.942935085773276.1073741827.942925385774246/965945686805549/?type=3

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget