KL CHRONICLE: #YangKlasik #YangHangat #YangGempak Hanya di McDonald's Malaysia

Sunday, April 10, 2016

#YangKlasik #YangHangat #YangGempak Hanya di McDonald's Malaysia



#YangKlasik #YangHangat #YangGempak, antara tiga nama unik yang diberikan oleh syarikat McDonald's Malaysia kepada produk makanan mereka yang paling laris dan diminati ramai. Bagi mereka yang selalu mengunjungi McDonald's Malaysia dapatkan anda teka burger manakah yang wajar diberi gelaran sebagai "#YangKlasik #YangHangat dan  #YangGempak" ? 
 

 






Sudah pastinya, burger yang diminati oleh anak - anak muda dan pelajar sekolah iaitu McChicken diberikan gelaran #YangKlasik. Ini kerana  ianya melambangkan jenama McDonald’s itu sendiri yang telah sekian lama bertapak di Malaysia. Malah bagi penggemar burger McChicken, sudah tentu anda ingat bahawa McChicken ini antara burger yang paling awal diperkenalkan di Malaysia dan sangat simple. Malah harganya sangat berpatutan!




#YangHangat pula nama diberi kepada Spicy Chicken McDeluxe. Ini sesuai dengan namanya sebagai sebuah burger yang berempah dengan inti ayam yang mempunyai rasa unik. Burger ini sudah pastinya menjadi kegemaran mereka yang suka kepada makanan pedas dan berempah dan jika kami di #KLChronicle tidak silap, sudah beberapa tahun berada di pasaran tempatan melalui McDonald's Malaysia.



Akhir sekali, sudah pastinya adalah #YangGempak iaitu Grilled Chicken Burger atau lebih dikenali sebagai GCB. Jika anda masih ingat, dulu McDonald's Malaysia pernah menjual burger GCB dan akibat permintaan yang tinggi dari peminat, kini McDonald's Malaysia akan kembali menjual GCB sebagai satu hidangan tetap.

Konklusinya, McDonald's Malaysia wajar diberi pujian kerana cuba untuk "rebranding" produk - produk mereka untuk menarik minat para pelanggan. Malah, McDonald's Malaysia juga cuba untuk memperbaiki produk mereka dan juga mengekalkan produk yang diterima oleh pelanggan seperti burger GCB. Ini membuktikan McDonald's Malaysia mendengar pendapat pelanggan mereka. Ada mana - mana restoran makanan segera yang mendengar pendapat pelanggan mereka selain McDonald's Malaysia?

Jawapannya adalah TIDAK ADA SAMA SEKALI.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget