KL CHRONICLE: Tan Sri Adenan Satem letak empat muka baharu #GiveAdenanAChance

Thursday, April 7, 2016

Tan Sri Adenan Satem letak empat muka baharu #GiveAdenanAChance




Transformasi Barisan Nasional (BN) Sarawak dibawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem diteruskan lagi apabila beliau telah mengumumkan empat (4) muka baru  daripada SUPP yang dipilih mewakili BN pada PRN kali ini ialah Peter Pau, 38, yang akan bertanding di kerusi DUN Padungan, Milton Foo Tiang Wee, 38, (DUN Pending); Chieng Buong Toon, 63, (DUN Bukit Assek) dan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, 60, (DUN Piasau). 


Kami di #KLChronicle, langkah proaktif yang diambil oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dalam memperkenalkan muka baru membuktikan bahawa BN sangat serius dalam memastikan Sarawak menang besar pada PRN kali ini. Umum ketahui bahawa populariti Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem adalah pada paras yang sangat tinggi dan rakyat Sarawak puas hati dengan pentadbiran beliau.

Malah, jika dilihat dari kempen pembangkang, terutamanya DAP, mereka seakan hampir hilang modal untuk berkempen pada PRN kali ini sehingga terpaksa membawa isu yang jauh dari hati rakyat Sarawak seperti isu 1MDB yang kononnya merupakan satu "skandal" besar negara. Namun, hari ini Ahli Parlimen DAP sendiri, iaitu Dr. Tan Seng Giaw yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan dan Pengerusi DAP Wilayah mengakui PM Najib Razak tidak terlibat dalam isu yang melibatkan 1MDB. 

Nampaknya, setelah Dr. Tan Seng Giaw membuat pengakuan tersebut, parti DAP kini sudah ketandusan idea untuk berkempen pada PRN akan datang. Kami di #KLChronicle menjangkakan bahawa DAP akan menggunakan isu - isu agama dan kaum selepas ini untuk menanam perasaan benci antara rakyat Sarawak yang dikenali sebagai sebuah negeri yang hidup aman daman dalam satu masyarakat yang majmuk. 

Diharap usaha jijik DAP ini tidak berjaya dan DAP tidak akan menang pada PRN Sarawak kali ini. Diharap rakyat Sarawak dapat menolak DAP keluar dari bumi Sarawak!

#Sarawak4Sarawak

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget