KL CHRONICLE: #TahukahAnda Seorang Anak Peneroka FELDA kini dilantik sebagai CEO FGV ?

Friday, April 1, 2016

#TahukahAnda Seorang Anak Peneroka FELDA kini dilantik sebagai CEO FGV ?




Kami di #KLChronicle ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Datuk Zakaria Arshad, 56, yang baru sahaja dilantik menerajui konglomerat perladangan dan syarikat pengeluar minyak sawit mentah utama dunia, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV). Bagi mereka yang tidak tahu, Datuk Zakaria Arshad sebenarnya merupakan seorang anak peneroka FELDA.
 


 
Beliau berasal dari  FELDA Palong 1, Negeri Sembilan, dan telah melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sains Sosial (Ekonomi) daripada Universiti Sains Malaysia dan telah menghadiri kursus perniagaan eksekutif Harvard Business School dan Pembroke College, Cambridge University.
 
Dari segi pengalaman bekerja pula, Datuk Zakaria Arshad sudah memegang pelbagai jawatan didalam Kumpulan FELDA dimana beliau telah berkhidmat hamper 32 tahun i.e. sejak 1984. Antara anak syarikat FELDA dimana beliau telah berkhidmat adalah di FELDA Rubber Industries Sdn Bhd, Malaysia Cocoa Manufacturing Sdn Bhd, FELDA Rubber Products Sdn Bhd dan FELDA Marketing Services Sdn Bhd.
 
Bukan sahaja Datuk Zakaria Ahmad mempunyai pengalaman yang luas didalam Kumpulan FELDA, malah beliau juga aktif dalam persatuan - persatuan industry dimana beliau juga turut mempunyai jawatan penting sebagai  Felo Persatuan Antarabangsa Nanosains University of Cambridge, Zakaria juga Naib Pengerusi Persatuan Penapis Minyak Sawit Malaysia (PORAM) serta Lembaga Pemegang Amanah, Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
 
Bagi kami di #KLChronicle, latar belakang Datuk Zakaria Arshad dan perlantikan beliau sebagai Chief Executive Officer (CEO) FGV menunjukkan beberapa perkara. Antaranya, program FELDA yang diasaskan oleh kerajaan UMNO Barisan Nasional telah berjaya menaikkan taraf ekonomi peneroka serta anak peneroka sehingga mereka mampu ke universiti dan mempunyai segulug ijazah.
 
Malah, bukan sahaja anak peneroka FELDA hanya mampu mempunyai segulung ijazah, malah mereka kini dilantik menerajui syarikat kumpulan FELDA yang pernah membantu mereka pada satu ketika dahulu, dan kini terus membantu mereka untuk menghadapi cabaran di masa hadapan. Ada lagi mereka yang hendak kata kerajaan UMNO Barisan Nasional tidak bagus? 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget