KL CHRONICLE: Siri Kedua pembongkaran #KLChronicle tentang Keadaan kilang penyembelihan dan penternakan McDonald's Malaysia di Sitiawan

Monday, April 25, 2016

Siri Kedua pembongkaran #KLChronicle tentang Keadaan kilang penyembelihan dan penternakan McDonald's Malaysia di Sitiawan


Baru - baru ini, kami di #KLChronicle ada menceritakan tentang kilang Dinding Poultry Processing (DPP) Sdn.Bhd.  Kilang  Dinding Poultry Processing Sdn.Bhd merupakan tempat dimana ayam - ayam yang dihantar ke restoran McDonald's Malaysia diternak dan disembelih. Kami juga ada menceritakan tentang teknologi terbaru yang digunakan oleh DPP untuk memastikan kualiti ternakan mereka segar, bersih dan halal.


Hari ini, kami ingin menceritakan lebih lanjut tentang teknologi - teknologi yang digunakan oleh DPP untuk memastikan sumber makanan yang dibekalkan kepada McDonald's Malaysia berada pada kualiti terbaik. Pertama sekali, McDonald's Malaysia sentiasa memastikan sumber makanan mereka adalah Halal, baik dari segi ternakan atau pun penyembelihan. Di DPP, perkara ini telah disahkan oleh Jabatan Agama Islam negeri.
Kedua, di Dinding Poultry Processing Sdn.Bhd, mereka mempunyai tahap tertinggi dalam memastikan kualiti ternakan mereka menepati piawai - piawai antarabangsa. Jika kita lihat dari carta alir dibawah, terdapat pemeriksaan berkala yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memastikan ternakan di DPP terjamin selamat sebelum dihantar kepada pelanggan. Antara yang melakukan pemeriksaan adalah:
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
- Jabatan Veterinar
Malah, bukan sahaja pemeriksaan oleh JAKIM dan Jabatan Veterinar, proses ternakan DPP juga diaudit oleh pelanggan mereka (disini adalah McDonald's Malaysia), Jabatan Veterinar dan juga JAKIM. Ini menunjukkan proses ternakan ini dikawal selia dengan ketat bagi memastikan kualiti makanan selamat dan terjamin.
Malah, jika ada yang mencurigai segala langkah "Quality Control" yang dilakukan oleh Dinding Poultry Processing (DPP) Sdn.Bhd, DPP juga sebenarnya mengeksport produk ternakan mereka kepada pasaran antarabangsa. Sudah pastinya, semua pelanggan mereka diluar Negara juga menjalankan audit bagi memastikan kualiti bahan yang dieksport menepati ciri - ciri serta piawaian antarabangsa yang ditetapkan.
Konklusinya, dalam dua siri artikel yang kami keluarkan di #KLChronicle, kami telah membuktikan bahawa proses penternakan serta penyediaan bahan mentah (terutamanya ayam) bagi semua restoran McDonald's Malaysia adalah segar, bersih dan halal serta sentiasa di audit oleh pelanggan, JAKIM, dan Jabatan Veterinar. Sebenarnya tahniah kepada McDonald's Malaysia kerana berusaha untuk memastikan makanan mereka berada pada tahap terbaik.
#Kipidap #Dongibab

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget