KL CHRONICLE: Salam Takziah kepada keluarga allahyarham Dato' Dr Sheikh Awab Abod #FGV

Sunday, April 17, 2016

Salam Takziah kepada keluarga allahyarham Dato' Dr Sheikh Awab Abod #FGV


Kami di #KLChronicle ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Dato' Dr Sheikh Awab Abod, Ketua Kluster Gula FGV Holdings Berhad dan Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM).  Dato' Dr Sheikh Awab Abod telah kembali ke rahmatullah pada 2 hari lepas di Hospital Pantai Kuala Lumpur.



Bagi mereka yang mengenali allahyarham, sudah tentu mereka setuju dengan kami di #KLChronicle bahawa allahyarham merupakan seorang yang sangat baik, dan sangat menghormati kami dari kalangan pengamal media sosial. Allahyarham tidak pernah "kedekut' dengan senyum dan sentiasa melayan kami bila diberikan peluang. 

Dalam dunia korporat pula, allahyarham terkenal dengan keputusan yang beliau lakukan, terutamanya dalam perjanjian dengan Al Khaleej International Ltd. dimana MSM tidak memeterai perjanjian dengan Al Khaleej International Ltd dalam pembinaan kilang pemprosesan gula, kompleks logistik dan perkapakan di Tanjung  Langsat, Johor. 

Keputusan strategik yang dilakukan oleh allahyarham ini sekaligus menjamin hak 100% FELDA dan MSM terhadap industri gula tempatan. Ini memandangkan komoditi gula merupakan satu komoditi strategik dan sensitif. Jika komoditi ini jatuh ke tangan pihak luar, sudah pastinya ianya tidak baik untuk rakyat di negara ini.

Maklumat lanjut tentang perjanjian ini, pembaca boleh klik link berikut:


Mari kita sama - sama sedekahkan Al - Fatihah kepada Dato' Dr Sheikh Awab Abod

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget