KL CHRONICLE: @RazlanRafii : @TonyPua Jangan Hanya Berani Berkokok Di Belakang

Saturday, April 16, 2016

@RazlanRafii : @TonyPua Jangan Hanya Berani Berkokok Di Belakang


Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Rafii secara sinis menyindir Pengarah Publisiti Dap, Tony Pua dengan menyifatkan beliau hanya berani berkokok di belakang sahaja apabila Tony Pua  sekali lagi mengajak Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy untuk berdebat buat kali keduanya.





Menurut Razlan, Tony Pua tidak serik-serik biarpun telah  memalukan dirinya sendiri pada cabaran debat  kali pertama sebelum ini, apabila menarik diri dari debat yang dicadangkannya sendiri setelah Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB menyatakan persetujuannya.

arul kanda vs tony pua“Bagi saya, Tony Pua hanya berani berkokok di belakang saja, tetapi penakut apabila diajak berdepan. Ini terbukti ketika beliau beria-ria mencabar Arul Kandar untuk berdebat buat kali pertama, namun ‘melarikan diri’ apabila Arul Kanda menyatakan persetujuannya.

“Semalam, sekali lagi beliau mengemukakan cabaran debat kepada Arul Kanda ketika berucap pada sebuah forum anjuran Pakatan Harapan di Shah Alam dan saya lihat tindakan beliau ini hanyalah untuk mencari publisiti murahan di kalangan penyokong yang hadir pada malam itu.

“Saya benar-benar berharap agar Tony Pua betul-betul berani berhadapan dengan Arul Kanda dan tidak hanya pandai berkokok di belakang. Arul Kanda sudah menyatakan persetujuannya maka tidak ada alasan lagi untuk Tony Pua tidak berdebat dengan beliau,” tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Sementara itu katanya, sikap Tony Pua yang tidak sudah-sudah membangkitkan isu 1MDB ini biarpun beliau sendiri merupakan anggota PAC memperlihatkan bahawa tindakannya itu hanya bermotifkan politik semata-mata.

“Sepatutnya Tony Pua sebagai anggota PAC tidak perlulah menimbulkan soal 1MDB ini lagi kerana beliau sendiri terlibat dengan siasatan, bahkan telah menyoal siasat Arul Kanda lebih daripada dua jam. Jika beliau mempunyai bukti berlakunya penyelewengan dalam PAC mengapa beliau tidak bentangkan ketika siasatan sedang berlangsung.

“Malah, veteran politik Dap, Dr Tan Seng Giaw juga menasihati beliau agar jangan berbohong dan mengemukan bukti sekiranya benar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat di dalam isu skandal 1MDB ini. Namun sehingga hari ini, Tony Pua hanya tahu buat dakwaan yang bermacam-macam, namun sekeping bukti pun beliau tidak dapat tunjuk sehingga ke hari ini.

“Sebab itu saya katakan, tindakan beliau yang terus mempersoalkan  isu 1MDB ini memperlihatkan bahawa Dap sudah tidak ada lagi isu untuk dimanipulasikan. Mereka bukan mahukan kebenaran, kerana bagi mereka kebenaran itu tidak penting.

“Apa yang penting bagi Tony Pua dan Dap ialah bagaimana untuk terus menghasut rakyat dengan memburukkan imej pimpinan kerajaan biarpun dengan  menggunakan fakta palsu dan fitnah untuk mencapai tujuan politik mereka itu,” ujarnya.-MediaUMNO

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget