KL CHRONICLE: Pulak dah, Mahathir kini minta campur tangan asing untuk jatuhkan PM @NajibRazak

Monday, April 11, 2016

Pulak dah, Mahathir kini minta campur tangan asing untuk jatuhkan PM @NajibRazak

Dr. Mahathir kini menjadi jurucakap kepada parti DAP
Selepas sekian lama menggambarkan dirinya sebagai penentang campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya membuat pusingan U apabila meminta campur tangan asing dalam usaha­nya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Bekas Perdana Menteri itu dalam satu wawancara bersama akhbar Australia, The Weekend Australian berkata, hanya tinggal sedikit harapan Najib akan berundur tanpa tekanan luar.
“Kebiasaannya saya tidak suka campur tangan asing dalam urusan Malaysia tetapi saluran untuk kami membetulkan keadaan telah ditutup sepenuhnya.

“Jadi sekarang kita kena beri laluan kepada campur tangan ­asing dalam urusan domestik kita. Jika ia sah, ya. Jika mereka ada maklumat, mereka mesti memberikan maklumat dan jika ada penggubahan wang haram, jika kerana membabitkan Najib, itu tidak bermakna mereka mesti menangguhkan undang-undang itu,” katanya kepada The Weekend Australian.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir dilaporkan melahirkan rasa terkejut terhadap tindakan pihak berkuasa Australia yang tidak melancarkan siasatan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sedangkan katanya, ANZ memegang 25 peratus saham AmBank di mana lebih daripada AS$ 1 bilion dipindahkan ke akaun peribadi Najib.

“Kerajaan Australia dilihat se­perti tidak mahu menyinggung perasaan Perdana Menteri Malaysia,” katanya.


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget