KL CHRONICLE: Pilihan Raya Negeri Sarawak, #GiveAdenanAChance

Monday, April 4, 2016

Pilihan Raya Negeri Sarawak, #GiveAdenanAChance


Umum ketahui bahawa pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan tidak lama lagi. Ini susulan dari pengumuman Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dimansuhkan pada 11 April 2016, kira - kira 12 hari lagi sahaja. Sudah tentunya PRN Sarawak ini sangat penting memandangkan ianya akan menjadi garis pengukur bagi Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. 


Beri Tan Sri Adenan Satem kemenangan besar

Bagi kami di #KLChronicle, kami merasakan Tan Sri Adenan Satem wajar diberikan satu kemenangan yang besar oleh rakyat Sarawak. Ini kerana dibawah pentadbiran Tan Sri Adenan Satem, banyak keputusan yang tepat telah beliau lakukan demi kesejahteraan rakyat Sarawak. Antara keputusan  - keputusan beliau yang bagus adalah menghalang ekstremis perkauman masuk ke Sarawak.

Umum ketahui bahawa parti Demokratik Action Party (DAP) merupakan sebuah parti yang dikuasai oleh majoriti pemimpin dari Semenanjung Malaysia yang terkenal dengan sifat rasis mereka. Tindakan Tan Sri Adenan Satem menghalang ekstremis - ekstremis kaum ini membuktikan bahawa beliau tidak mahu budaya tidak sihat yang dibawa oleh DAP ini menular ke negeri Sarawak yang terkenal dengan sifat masyarakat majmuk dan keharmonian antara kaumnya. Ini membuktikan Tan Sri Adenan Satem tegas dalam menjaga keharmonian kaum di Sarawak. 

Selain itu, Tan Sri Adenan Satem juga telah menunjukkan komitmen beliau dalam mengatasi masalah kos sara hidup yang tinggi dengan memansuhkan cukai tanah untuk tanah pertanian dan tanah kediaman di Sarawak. Keputusan memansuhkan cukai tanah ini telah melibatkan 360,422 pemilik dan cukai berjumlah RM8.58 juta atau 19 peratus daripada keseluruhan cukai tanah. Ini membuktikan Tan Sri Adenan Satem "walk the talk" dalam menangani isu - isu kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat. 

Konklusinya, rakyat serta pengundi di Sarawak wajar memberikan satu kemenangan besar kepada Tan Sri Adenan Satem bagi memastikan Sarawak terus maju dan menjadi negeri yang paling penting bagi negera dari segi politik, ekonomi dan keharmonian antara kaum. Tan Sri Adenan Satem merupakan Ketua Menteri (CM) Sarawak yang paling popular dan pengundi di Sarawak wajar #GiveAdenanAChance. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget