KL CHRONICLE: Penganjur program Zakir Naik dipanggil beri keterangan

Monday, April 11, 2016

Penganjur program Zakir Naik dipanggil beri keterangan


Polis akan memanggil penganjur forum "Similarities Between Hinduism and Islam" yang menampilkan Dr. Zakir Naik bagi merakam keterangan berkaitan program yang bakal diadakan pada 17 April ini.

Program yang dijadualkan di Dewan Besar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka itu dikhuatiri boleh mengganggu gugat ketenteraman awam kerana berunsur sensiviti keagamaan.




Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa supaya penganjur membatalkan program berkenaan.



Beliau berkata demikian selepas Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman di sini hari ini.



Dalam pada itu, beliau menerusi laman Twitternya memberitahu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak membenarkan forum tersebut diteruskan demi ketenteraman awam dan sensiviti agama di Malaysia. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/penganjur-program-zakir-naik-dipanggil-beri-keterangan-1.240064#sthash.WnkTEHq7.dpuf

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget