KL CHRONICLE: McDonald's Malaysia kini mengambil adik Ecah sebagai anak angkat

Monday, April 18, 2016

McDonald's Malaysia kini mengambil adik Ecah sebagai anak angkat



Masihkah para pembaca ingat kisah adik Siti Nuraisyah Sahrin, 13, seorang pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap yang putus kedua-dua belah kaki di bawah paras lutut selepas digilis lori pada 18 Januari yang lalu? Alhamdulillah hari ini McDonald's Malaysia berbesar hati untuk mengambil adik Siti Nuraisyah Sahrin (Ecah) sebagai anak angkat McDonald's Malaysia.




Kami di #KLChronicle ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak McDonald's Malaysia kerana mengambil adik Ecah sebagai anak angkat. Umum ketahui bahawa sebagai seorang anak yang muda, adik Ecah telah melalui satu peristiwa yang sangat hitam didalam hidup beliau apabila beliau kehilangan kedua belah kaki beliau. Cabaran yang beliau hadapi ini merupakan satu dugaan yang sangat besar.
Tindakan murni McDonald's Malaysia ini sudah pastinya sedikit sebanyak membantu adik Ecah untuk menjalankan kehidupan seharian beliau. Malah, ibu - bapa adik Ecah juga pastinya merasa sedikit lega apabila ada syarikat yang besar seperti McDonald's Malaysia sanggup membantu mereka. Ini membuktikan mereka tidak dilupakan oleh masyarakat selepas melalui insiden kemalangan tersebut.
Menurut maklumat yang kami terima, McDonald's Malaysia telah memberikan sumbangan sebanyak RM 2,000 kepada adik Ecah, bantuan barangan ulangkaji sebanyak RM 3,000, biasiswa sebanyak RM 5,000 untuk 5 tahun dan juga baucer RM 400 setahun. Ini membuktikan walaupun perbagai tuduhan dilemparkan kepada McDonald's Malaysia, syarikat ini tetap prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat dan mereka yang memerlukan.
Konklusinya, kami di #KLChronicle berharap terdapat lebih ramai syarikat yang sanggup tampil membantu mereka yang didalam kesusahan seperti yang dilakukan oleh McDonald's Malaysia. Bagi mereka yang suka memfitnah McDonald's Malaysia bahawa ianya merupakan satu syarikat Israel/Yahudi, anda patut malu dengan diri sendiri. Syarikat anda fitnah/hina inilah yang membantu adik Ecah, anda pula buat apa?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget