KL CHRONICLE: Lim Guan Eng Akhirnya Kantoi Dalam Isu Taman Manggis #BadFengShui

Tuesday, April 5, 2016

Lim Guan Eng Akhirnya Kantoi Dalam Isu Taman Manggis #BadFengShui


[BUKTI KUKUH] 

PEMILIK KLIDC UNTUNG ATAS ANGIN RM59 JUTA MENJUAL SYARIKAT DAN TANAH PPR TAMAN MANGGIS KEPADA PIHAK KETIGA.

SECARA PROSEDURNYA SEMUA INI ATAS IZIN KETUA MENTERI PULAU PINANG. 

1. Akhirnya keraguan Lim Guan Eng menganugerahkan projek tanah PPR Taman Manggis Fasa 2 terjawab apabila dokumen pemilik KLIDC Datuk Tang Yong Chew iaitu perjanjian jual beli tanah berkenaan yang telah ditandatangani dan diperakui bertarikh 11 November 2015 terdedah kepada umum. Harga belian transaksi sub-jualan ini disebut sebanyak: RM70,643,628.00. Ia berkaitan:




a) Penjualan Kuala Lumpur International Dental Center Sdn Bhd (KLIDC) dengan harga RM18,643,628; dan

b) Penjualan Victoria International Medical Centre Bhd (VMC) dengan harga RM52,000,000. 

c) Vendor VMC,  Tang Renewable Energy Engineering

2. Datuk Tang Yong Chew dan isterinya memiliki semua tiga syarikat-KLIDC, VMC dan vendor VMC, Tang Renewable Energy Engineering-secara majoriti. 

3. Sejak tanah PPR Taman Manggis ditender sudah terdapat keraguan kepada 4 syarikat yang dijemput menyertai tender. Syarikat yang menyertai tender adalah syarikat yang bermasalah hanya diwujudkan khusus untuk  tender dan akhirnya ditutup. Malah KLIDC sendiri modal berbayar RM300k adalah syarikat bermasalah termasuk nilai naset bersih negatif RM1.2 juta.

4. Perjanjian ini juga menyatakan pada Julai 2011, VMC telah melaksanakan perjanjian usahasama dengan KLIDC untuk membangunkan tanah tersebut. Sebelum itu tanah PPR Taman Manggis telah dicagar oleh KLIDC kepada Ambank pada 10.11.2011 ( 5 bulan selepas perjanjian VMC & KLIDC).

5. KLIDC mendapat hak milik tanah sementara ( Leasehold 99 tahun) pada April 2015. Bermakna tanah PPR Taman Manggis kini adalah milik KLIDC dan sebarang penjualan saham atau syarikat KLIDC turut memberi kesan kepada penjualan tanah 
berkenaan.

6. Sejajar mana-mana piawaian projek kerajaan dan perjanjian penswastaan, penjualan atau tukar hak milik sebuah syarikat, yang telah dianugerahkan satu projek, perlu dimaklumkan dan kelulusan mesti diperolehi daripada Kerajaan Negeri sebelum jualan saham boleh berkuatkuasa. Ini bermakna segala bentuk seperti cagaran dan penjualan mesti dengan izin Kerajaan Negeri khususnya Ketua Menteri atau Menteri Besar.

7. KLIDC yang membeli tanah ini dengan harga RM11,552,208.00 atau pada RM232 kaki persegi-satu (lebih murah dari harga pasaran) memperolehi keuntungan RM59 juta apabila dijual semula kepada pihak ketiga lima tahun kemudian pada harga RM70.6 juta tanpa melaksanakan apa-apa projek pembinaan di tapak tanah berkenaan. 

8. Nampaknya 2015 menjanjikan banyak perkara. Selain pemilikan tanah sementara kepada KLIDC pada April 2015, Rumah Banglo milik Phang Li Koon ( Rakan Perniagaan Tang Yong Chew KLIDC) yang disewa oleh Lim Guan Eng sejak 7 tahun lalu juga telah dijual RM2.8 di bawah harga pasaran pada 28 Julai 2015 ( Akuan Bersumpah Ms Phang Li Koon). 

Syabas Lim Guan Eng! 

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=960847850666076&id=515643958519803

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget