KL CHRONICLE: Kerana Memfitnah, @afifbahardin diperintah bayar wakil rakyat BN

Saturday, April 30, 2016

Kerana Memfitnah, @afifbahardin diperintah bayar wakil rakyat BN


Mahkamah Tinggi di sini hari mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR, Dr. Afif Bahardin membayar ganti rugi sebanyak RM70,000 kepada empat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kerana memfitnah berhubung penjualan tanah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Butterworth.



Empat wakil rakyat BN berkenaan ialah ADUN Telok Air Tawar, Datuk Jahara Hamid; ADUN Sungai Dua, Muhamad Yusoff Mohd. Noor; ADUN Permatang Berangan, Omar Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya.

Hakim Lim Chong Fong turut mengarahkan Dr. Afif membayar kos guaman sebanyak RM10,000 kepada setiap wakil rakyat BN itu menjadikan jumlah keseluruhan termasuk saman sebanyak RM320,000.

Dalam satu ceramah di Tapak Expo Seberang Jaya di sini pada 17 April lalu, Dr. Afif mendakwa keempat-empat wakil rakyat BN itu terlibat dalam penjualan tapak tanah TUDM di Butterworth. -UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/adun-pkr-dr-afif-diperintah-bayar-4-wakil-rakyat-bn-keseluruhan-rm320-000-1.300067#sthash.QxZoc0CX.dpuf

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget