KL CHRONICLE: #DemiRakyat SPAD Susun Semula Laluan Bas Di Sungai Besi

Monday, April 11, 2016

#DemiRakyat SPAD Susun Semula Laluan Bas Di Sungai Besi



Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah mengatur semula laluan Bas di kawasan pekan Sungai Besi demi kesenangan serta kesejahteraan rakyat. Sudah pastinya, pengaturan semula ini dilakukan oleh SPAD setelah mendapat maklum balas oleh pengguna dan selepas diteliti, SPAD mengambil keputusan untuk memperbaiki lagi perkhidmatan yang disediakan. 



Malah, sebelum keputusan ini dibuat dan maklum balas diterima dari pengguna, SPAD juga telah secara proaktifnya telah melakukan pemantauan ke atas pengendali bas Metrobus dan mendapati perkhidmatan yang diberikan oleh Metrobus tidak memuaskan sehingga menyusahkan penumpang kerana terpaksa menunggu masa yang lama. 

Bagi mereka yang tidak mendapat maklumat lagi tentang perkara ini, SPAD telah melaraskan empat laluan bas di Koridor Sungai Besi di bawah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti secara berperingkat. Antara laluan yang terlibat dalam proses ini adalah seperti berikut:

  1. Laluan 501 (Putrajaya Sentral-KTM Serdang-HAB Lebuh Pudu); 
  2. Laluan 540 (Bandar Putra Permai-HAB Lebuh Pudu); 
  3. Laluan 570 (Serdang Jaya-Serdang Raya-LRT Bukit Jalil); 
  4. Laluan T571 (Taman Sri Pulai-Stesen LRT Sungai Besi).


Malah, SPAD juga telah mengambil keputusan bahawa Laluan 501 yang dikendalikan oleh syarikat Nadi Putra akan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 11 malam dengan kekerapan 30 minit manakala di Laluan 540 yang dikendalikan oleh RapidKL akan beroperasi dari 6 pagi sehingga 11.30 malam dengan kekerapan 15 minit, manakala Laluan 570 dan Laluan T571 yang juga dikendalikan RapidKL akan beroperasi dari 6 pagi sehingga 11 malam dengan kekerapan masing-masing 30 minit dan 45 minit.

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan proaktif yang diambil SPAD ini membuktikan bahawa SPAD mengambil berat pandangan serta maklumbalas yang diberikan oleh pengguna tentang perkhidmatan pengangkutan darat yang ditawarkan oleh syarikat - syarikat perkhidmatan. Malah, pandangan yang diberi, jika bermanfaat akan diambil tindakan oleh SPAD. Ini membuktikan kerjasama antara pengguna + SPAD jika dilakukan dengan cara yang konsisten akan meningkatkan mutu perkhidmatan awam darat di negara ini ketahap yang lebih tinggi lagi. 
Oleh itu, kami ingin menyeru kepada pengguna  untuk menghubungi SPAD di talian 1-800-88-7723(SPAD), bagi menyuarakan pandangan mereka atau emel kepada aduan@spad.gov.my, atau berkongsi maklum balas mereka melalui media sosial di www.facebook.com/SPAD.my dan Twitter - @aduanSPAD dan @SPADchannel.
Ayuh kita tingkatkan mutu perkhidmatan awam darat negara kita bersama - sama!
Kenyataan Media Penuh dari SPAD adalah seperti dibawah:






No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget