KL CHRONICLE: CERIA NAIK LRT BERSAMA @MyRapidKL ‪#‎LRT‬ ‪#‎RAPIDKL‬ ‪#‎DEMIRAKYAT‬

Thursday, April 28, 2016

CERIA NAIK LRT BERSAMA @MyRapidKL ‪#‎LRT‬ ‪#‎RAPIDKL‬ ‪#‎DEMIRAKYAT‬


KUALA LUMPUR, 28 April – Seramai 327 pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Amin Wilayah Persekutuan, Wangsa Maju hari ini diraikan di bawah program ‘Ceria Naik LRT Bersama Rapid KL’, yang dianjurkan sebagai mempromosi keseronokan menggunakan pengangkutan awam.

Diiringi oleh 42 guru dan tujuh anggota Polis Bantuan, para pelajar berkenaan termasuk sebilangan yang menggunakan perkhidmatan LRT buat pertama kali, menaiki tren dari stesen Sri Rampai ke Stesen KLCC untuk menghadiri satu program khas sekolah di Suria KLCC termasuk lawatan ke Pusat Sains Petronas.




Sebelum menaiki tren, para pelajar diberi taklimat mengenai keselamatan dan tatetertib menaiki tren termasuk berbaris di kawasan platform, menunggu di belakang garisan kuning dan membenarkan para penumpang keluar dahulu sebelum memasuki tren.

Menaiki tren khas, perjalanan mereka ke stesen KLCC mengambil masa kira-kira 15 minit dan melalui stesen-stesen Setiawangsa, Dato’ Keramat, Damai dan stesen bawah tanah Ampang Park.

Sepanjang perjalanan, rombongan yang terdiri daripada para pelajar Tahun 1 hingga ke Tahun 6, sibuk ceria mengambil gambar dan celoteh bercerita dengan kekaguman terhadap apa yang dilihat mereka.

“Program Ceria Naik LRT Bersama Rapid KL’ ini adalah pelaburan kami di Rapid KL untuk meningkatkan jumlah penumpang bagi perkhidmatan Rapid KL. Para pelajar ini adalah masa depan kita, merekalah yang akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bila mereka bekerja nanti.

“Kerana itu, kita harus mendidik mereka daripada sekarang. Pihak Rapid KL sentiasa mengalu-alukan sekolah-sekolah lain untuk menyertai program ini,” kata Pengurus Stesen Sri Rampai, Encik Zullaili Hassan.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget