KL CHRONICLE: Akhirnya Pemimpin Pembangkang R. Sivarasa Akan Didakwa kerana memfitnah

Friday, April 15, 2016

Akhirnya Pemimpin Pembangkang R. Sivarasa Akan Didakwa kerana memfitnah



Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok berikutan tindakannya memuat naik poster palsu yang memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di laman sosial. Sivarasa mengesahkah perkara itu ketika dihubungi sebentar tadi. 

Pendakwaan terhadapnya adalah mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dengan memulakan transmisi komunikasi palsu dengan niat menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain. 



Seksyen itu memperuntukkan hukuman maksimum denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan yang diteruskan selepas sabitan. Pada 25 Mac lalu, 

Sivarasa memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung tindakannya memuat naik muka depan majalah TIME palsu yang memaparkan wajah Perdana Menteri di akaun Facebook miliknya. Beliau memuat naik muka depan majalah TIME palsu yang memaparkan wajah Perdana Menteri bertajuk `No.2 on the most corrupt list' (Nombor dua kedudukan paling korup).

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/143822

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget