KL CHRONICLE: Adenan : Beri saya peluang untuk tingkatkan taraf hidup masyarakat Sarawak #GiveAdnanAChance

Monday, April 4, 2016

Adenan : Beri saya peluang untuk tingkatkan taraf hidup masyarakat Sarawak #GiveAdnanAChance

Adenan Satem (tiga dari kanan) mengangkat tangan Mohamad Ali Mahmud

“Apa yang saya mahu ialah melihat taraf hidup masyarakat terus dipertingkatkan, lihatlah apa yang telah dilakukan sepanjang dua tahun saya dilantik sebagai Ketua Menteri,” - Tan Sri Adenan Satem

Ketua Menteri Sarawak yang berpengaruh, Tan Sri Adenan Satem menegaskan beliau hanya mahu berkhidmat kepada rakyat apabila meminta rakyat terus memberi mandat kepadanya untuk memerintah Sarawak selepas Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).



Sebaliknya, jelas Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu, beliau memerlukan lebih masa untuk meningkatkan taraf hidup penduduk negeri ini terutama luar bandar.

“Apa yang saya mahu ialah melihat taraf hidup masyarakat terus dipertingkatkan, lihatlah apa yang telah dilakukan sepanjang dua tahun saya dilantik sebagai Ketua Menteri,” 

“Saya berjanji jika rakyat te­rus memberi mandat, saya akan membela nasib rakyat di negeri ini,” katanya.

Bagi kami di #KLChronicle, Tan Sri Adenan Satem wajar diberi mandat oleh rakyat Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Ini kerana, Tan Sri Adenan Satem sudah terbukti lebih berminat dan komited dalam menjaga kebajikan rakyat berbanding parti - parti pembangkang terutamanya DAP, PKR dan AMANAH yang sehingga hari ini masih bergaduh dalam isu pemilihan kerusi dan dilihat lebih mementingkan politik berbanding kesejahteraan rakyat. 

Adakah rakyat Sarawak mahu memilih parti - parti pembangkang untuk mentadbir Sarawak apabila parti mereka sendiri tidak mampu ditadbir dengan baik? Jangan nanti hanya kerana parti - parti seperti DAP, PKR dan AMANAH hancur negeri Sarawak mereka "kerjakan" . 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget